Motosikal / Lain Lain Roda

Moto Guzzi Kembali Ke Pasaran Malaysia

Moto Guzzi telah membuat kemunculan semulanya di pasaran Malaysia dan kini jenama itu diwakili oleh Didi Resources Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi. Syarikat tersebut juga merancang untuk melancarkan sebuah fasiliti 3S pada bulan Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi meraikannya, Didi Resources dengan kerjasama Piaggio Asia Pacific baru-baru ini mengadakan acara ‘Moto Guzzi Media and Customer Day’, di mana barisan model bagi tahun 2017 iaitu V7 III Stone, V7 III Roamer dan V9 Roamer diperkenalkan buat pertama kali.

Moto Guzzi Malaysia 04

Antara model Moto Guzzi paling popular, V7 III merupakan model generasi ketiga yang dibangunkan bersempena dengan ulang tahun V7 yang ke-50. Ia dikuasankan oleh enjin 744 cc silinder V berkembar yang menghasilkan 52 hp pada 6,200 rpm dan 60 Nm tork pada 4,900 rpm. Transmisi enam kelajuannya kini menampilkan nisbah gear pertama dan keenam yang diubahsuai.

Moto Guzzi Malaysia 09

 

Casis V7 III mempunyai bahagian hadapan yang telah diperkukuhkan, penyerap hentak Kayaba, serta geometri stereng baharu untuk pengendalian yang lebih stabil di bahagian selekoh. Antara ciri keselamatan yang disertakan termasuk ABS dan sistem MGCT (Moto Guzzi Traction Control) yang boleh dipadam.

Moto Guzzi Malaysia 07

Dari segi luaran, V7 III Stone menampilkan tema ‘dark matte’ berserta grafik khas, namun ia juga boleh didapati dalam warna-warna lain iaitu  Nero Ruvido, Azzurro Elettrico, Verde Camouflage dan Giallo Energico. Ia juga dilengkapi dengan rim ‘spoke’, paparan berbentuk bulat tunggal serta fender hadapan yang dipendekkan.

Moto Guzzi Malaysia 05

V7 III Racer merupakan model yang lebih istimewa dengan setiap unit didatangkan dengan plat nombor pada bar hendal. Berbanding dengan Stone, model Racer ini menjanjikan pengendalian lebih sporty dengan penggunaan sistem suspensi Ohlins.

Moto Guzzi Malaysia 02

Sementara itu, model V9 Roamer menawarkan gabungan reka bentuk klasik dengan kemasan berkualiti tinggi. Antara perincian yang terdapat pada model ini termasuk rim bersaiz 19 dan 16 inci dalam warna hitam matte dengan kemasan ‘diamond cut’, serta papan pemuka digital dengan meter berbentuk bulat.

Moto Guzzi Malaysia 03

Model ini menjanjikan penunggangan lebih selesa dengan tempat letak kaki yang dipasang 100 mm ke belakang dan 35 mm lebih tinggi dari sebelum ini. Selain itu, tempat duduk baharu juga lebih panjang dan selesa untuk pembonceng. Ciri-ciri ini turut ditawarkan sebagai pilihan kepada para pemilik V9 Roamer versi 2016.

Moto Guzzi Malaysia 10

Aspek kuasa pula terdiri enjin 853 cc V-twin yang menghasilkan 55 hp pada 6,250 rpm dan 62 Nm seawal 3,000 rpm. Seperti V7 III, V9 turut didatangkan dengan ABS serta MGTC.

 

Previous post

Audi Puchong Ucap Selamat Tinggal

Next post

Renault Mengesahkan Cita-Cita Pertumbuhannya Untuk Tahun 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *