Berita Auto

Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenal Program Pembiayaan Sewa ‘Lease2Go’

Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) telah memperkenalkan ‘Lease2Go’, sebuah perkhidmatan pembiayaan sewa tanpa komitmen pemilikan yang ditawarkan khas untuk mereka yang ingin memiliki kenderaan Mercedes-Benz dan menaik taraf kepada model terbaru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan Lease2Go, pelanggan boleh mendapatkan pakej pinjaman yang bersesuaian dengan memilih tempoh pembiayaan (satu hingga empat tahun) dan jangkaan perbatuan (20,000, 25,000 atau 30,000 km) setahun. Perkhidmatan ini turut menyertakan semua kos termasuk insurans dan cukai jalan ke dalam bayaran bulanan tetap.

Pelanggan Lease2Go akan memulakan tempoh pinjaman mereka dengan deposit keselamatan bernilai dua bulan yang akan dipulangkan semula serta bayaran sewa sebulan sebagai bayaran pendahuluan. Di akhir tempoh pinjaman, kereta akan dipulangkan dan pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf kepada model yang lebih baharu.

Selain itu, pakej Lease2Go juga merangkumi perlindungan tayar dan rim, serta bantuan tepi jalan 24/7.

 

Previous post

Honda CR-V Semua Baharu Ada Kit 'Special Aero' Untuk Dijual

Next post

Toyota Vios Challenge Tampil Barisan Pelumba Handalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *