Berita Auto

Mercedes-AMG GT4 – Jentera Lumba Terbaru Dari Affalterbach

Di perlumbaan 24 jam yang berlangsung di litar Spa-Francorchamps, Belgium baru-baru ini, Mercedes-AMG telah memperkenalkan jentera lumba baharu keluarannya yang dikenali sebagai AMG GT4.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jentera ini dibina berasaskan model AMG GT R yang diperkenalkan pada Jun tahun lalu dan dibangunkan khas untuk memenuhi piawaian perlumbaan antarabangsa kategori GT4.

Customer Racing: Premiere in Spa-Francorchamps: Mercedes-AMG GT4 – eine neue Klasse der Performance

Sebelum penyerahan pertama yang dijadualkan pada penghujung 2017, Mercedes-AMG GT4 akan menjalani ujian yang lebih sengit yang merangkumi lebih daripada 30,000 km di atas litar ujian. Ketahanan kereta ini telah pun terbukti di Lausitzring, di mana ia menjalani latihan selama lebih 30 jam.

Customer Racing: Premiere in Spa-Francorchamps: Mercedes-AMG GT4 – eine neue Klasse der Performance

GT4 menggunakan enjin dwi-turbo berkapasiti 4.0-liter V8 yang sama dengan GT R, tetapi ia hanya mempunyai 510 hp dan 600 Nm berbanding GT R yang mempunyai 577 hp dan 700 Nm. Transmisi sequential enam kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa yang terhasil ke gandar belakang, di mana differential boleh laras diletakkan.

Customer Racing: Premiere in Spa-Francorchamps: Mercedes-AMG GT4 – eine neue Klasse der Performance

Jentera ini memakai rim bersaiz 18 inci serta kit badan aerodinamik yang merangkumi bonet, apron hadapan dan splitter yang semuanya diperbuat daripada bahan komposit ringan. Seperti GT R, ia juga didatangkan dengan komponen-komponen gentian karbon seperti sayap hadapan dan torque tube yang terletak di antara enjin dan kotak gear.

Customer Racing: Premiere in Spa-Francorchamps: Mercedes-AMG GT4 – eine neue Klasse der Performance

Ruang kabin GT4 menjanjikan ergonomik yang sesuai untuk semua jenis pemandu dengan roda stereng dan pedal boleh laras. Butang pada stereng dan suis pada konsol tengah menyala untuk perlumbaan pada waktu malam, manakala pendingin hawa turut ditawarkan sebagai pilihan untuk keselesaan pemandu.

Customer Racing: Premiere in Spa-Francorchamps: Mercedes-AMG GT4 – eine neue Klasse der Performance

Bagi aspek keselematan, GT4 menyediakan roll cage yang diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi, sel gentian karbon FIA dengan perehat kepala terbina, lubang kecemasan di atas bumbung serta pemadam api.

Previous post

Program 'New Power15' Lindungi Kereta Ferrari Anda Sehingga 15 Tahun

Next post

Semua Honda CR-V Eropah Baharu Akan Dibuat di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *