Gaya Hidup

Menangi Tiket Upacara Pembukaan Sukan SEA KL2017

Usaha masing-masing untuk meraih sokongan bagi kontinjen Malaysia yang bertanding di Sukan SEA ke-29 telah dimulakan dengan pelancaran dua pertandingan media sosial yang dianjurkan oleh Naza Corporation Holdings dan Peugeot Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Orang ramai yang berminat hanya perlu mencari Peugeot 208 khas di 12 lokasi di seluruh negara, sertakan tandatangan dan mesej kepada atlet, ambil selfie bersama kereta tersebut dan muat naik ke laman media sosial berserta hashtag #PeugeotMalaysia #DrivingChampions dan #NazaCorp. 100 pemenang akan mendapat tiket ke upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 pada 19 Ogos ini bertempat di Bukit Jalil.

Picture 4

Selain itu, melalui pertandingan #ChampionSpirit, Naza turut menawarkan peluang untuk memenangi sepasang tiket ke upacara pembukaan temasya sukan itu kepada 80 peserta dengan ‘meme’ paling kreatif. Untuk menyertai, peserta hanya perlu menghasilkan ‘meme’ menggunakan gambar yang disediakan dan muat naik ke laman Facebook atau Instagram Naza Corporation Holdings dengan hashtag #ChampionSpirit dan #Naza.

Picture 5

Kereta 208 khas tersebut dilancarkan baru-baru ini sebagai ‘papan buletin bergerak’ di mana rakyat Malaysia boleh menulis mesej-mesej berinspirasi kepada atlet tempatan yang mengambil bahagian. Kereta tersebut mendapat sambutan hangat ketika dipamerkan di bilik pameran Peugeot dan bazar Ramadhan di Shah Alam bulan lalu.

Berikut adalah lokasi-lokasi 208 khas akan datang:

Fit Malaysia PerakBangunan UMNO, Bagan Datuk, Perak 9 Julai
University Malaya KL 12 Julai
Rumah Terbuka Aidilfitri NazaMalaysia International Trade & Exhibition Centre(MITEC) 15 Julai
Subang Parade mall 17 & 18 Julai
Pavilion Mall / 30 day countdown 19 Julai
The Curve Damansara 21-23 Julai
Sunway Pyramid 27-30 Julai
Taman Burung KL 31 Julai
Naza Tower Torch Run 6 Ogos
Fit Malaysia Bukit Jalil 12 Ogos
Taylor Lakeside University 13-16 Ogos
KL 2017 Sponsors Festival Area 19-30 Ogos

 

Previous post

Aston Martin Sahkan Pengeluaran Model Elektrik RapidE

Next post

Setiap Kereta Volvo Akan Dilengkapi Dengan Motor Elektrik Bermula 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *