Cerita Auto

Kia Rio 2017 Terjah Pasaran Malaysia

Naza Kia Malaysia meneruskan momentumnya bagi tahun 2017 dengan melancarkan Kia Rio generasi keempat hari ini. Model tersebut mendapat pengiktirafan global untuk reka bentuk moden dan gaya premium yang dibawa berbanding generasi sebelum ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Reka bentuk Rio yang lebih berani bermula dari bahagian hadapan dengan rekaan bampar baharu serta gabungan lampu LED dan gril ‘hidung harimau’. Di bahagian belakang, lampu dengan reka bentuk unik memberikan Rio karakter tersendiri manakala pemegang ‘tailgate’ juga menjadi perumah kamera pandang belakang.

headlight

Bahagian dalaman Rio juga direka semula dengan papan pemuka melengkung yang turut memuatkan skrin sentuh LCD bersaiz 5 inci dengan fungsi Bluetooth. Kelengkapan lain termasuk pendingin hawa automatik, tempat duduk belakang boleh lipat 60:40, ‘keyless entry’, butang penghidup enjin, lampu automatik dengan ciri ‘static bending light’, serta lampu nyalaan siang LED.

screen

Berbanding dengan model sebelum ini, ruang kepala bagi penumpang belakang adalah 4 mm lebih luas, manakala ruang kaki hadapan 8 mm lebih luas dan ruang kaki belakang 4 mm lebih luas. Ruang bahu juga berkembang sebanyak 25 mm bagi penumpang hadapan, dan 31 mm bagi penumpang belakang. ‘Tailgate’ pula 71 mm lebih lebar dan 26 mm lebih rendah untuk lebih mudah diakses.

sunroof

Rio dikuasakan oleh enjin 1.4-liter MPI DOHC dengan D-CVVT. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan seperti yang terdapat pada model sebelum ini dan menghasilkan kuasa sebanyak 100 PS pada 6,000 rpm dan 133 Nm pada 4,000 rpm.

hac

Untuk ciri-ciri keselamatan, hatchback lima pintu itu mendapat enam beg udara, cagak ISOFIX, pengunci pintu automatik, sensor belakang, serta sistem keselamatan aktif seperti ABS, ESC dan HAC.

trunk

Rio boleh didapati di semua bilik pameran Kia di seluruh negara dengan harga RM79,888 (harga atas jalan tanpa insurans). Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Clear White (putih), Signal Red (merah), Smoke Blue (biru) dan Silky Silver (perak).

Previous post

Nak tau Macam Mana Porsche 911 Turbo S Dibuat?

Next post

BMW iPerformance Catat Rekod Prestasi Terbaik di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *