Cerita Auto

Kelebihan-Kelebihan Biodiesel

Dalam enjin pembakaran, sama ada petrol atau diesel, enap cemar enjin adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi dan kerosakan.

Dengan perbatuan yang semakin meningkat, enap cemar yang terbentuk di dalam enjin boleh menyebabkan kehilangan kuasa, tekanan minyak rendah, peningkatan dalam penggunaan pelincir, ‘overheat’, ‘blow-by’ serta asap yang kotor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Enap cemar minyak biasanya berwarna hitam dan hadir dalam bentuk pepejal atau gel dalam minyak enjin. Pemejalan atau ‘gelling’ selalunya terjadi ketika enjin beroperasi pada suhu kurang dari 100 darjah Celsius.

Apabila kotoran hitam seperti tar tersebut terkumpul, ia akan menghalang laluan minyak pelincir ke arah komponen-komponen utama enjin. Ini akan menyebabkan penggunaan berlebihan dan lain-lain kerosakan yang boleh mengancam jangka hayat enjin kenderaan anda. Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan berakhir dengan kerja membaik pulih yang mahal atau enjin atau komponen perlu diganti.

Apa yang menarik adalah, kenderaan-kenderaan diesel di Malaysia menggunakan B7 biodiesel, satu campuran terdiri daripada 7% metil ester (biodiesel sawit) dan 93% bahan api fosil.

Biodiesel telah terbukti sebagai agen pembersih yang berkesan di dalam enjin, mampu meningkatkan jangka hayat enjin dan juga lebih mesra alam. Biodiesel merupakan bahan bakar yang lebih bersih, kurang bertoksik, mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon monoksida sekaligus mengurangkan kesan pemanasan global, dan mempunyai kandungan sulfur minimum. Ia juga dianggap sebagai pengganti diesel petroleum.

biodiesel 01

Penggunaan biodiesel juga tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan atau kelengkapan bahan api khusus, dan penggunaan minyak kelapa sawit yang lebih meluas juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Dengan negara-negara di seluruh dunia meningkatkan usaha untuk menggalakkan penggunaan biodiesel, Malaysia mengambil langkah yang sama ke arah mengurangkan kebergantungannya terhadap bahan api fosil. Sehingga kini, Indonesia dianggap sebagai peneraju dalam biodiesel, menguatkuasakan penggunaan biodiesel B20 yang mempunyai 20% metil ester dan 80% diesel. Negara-negara seperti Colombia dan Argentina misalnya, telah mengembangkan agenda biodiesel mereka dengan menggunakan B10 sementara Perancis dan Brazil sedang bakal menggunakan biodiesel B8.

Menyedari faedah biodiesel yang tinggi, Malaysia kini sedang berusaha untuk memperkenalkan B10 biodiesel yang menggunakan campuran 10% metil ester dan 90% diesel.

Sekali lagi diingatkan bahawa tiada pengubahsuaian khas yang perlu dilakukan terhadap kenderaan sedia ada atau baharu untuk menggunakan biodiesel kerana ia hanya penggunaan metil ester sawit hanya mengalami kenaikan kecil iaitu sebanyak 3 peratus. Biodiesel juga mempunyai kandungan cetane lebih tinggi yang menyebabkan ia lebih mudah terbakar. Ia juga mampu meningkatkan tahap pelinciran sekaligus mengurangkan kesan ‘wear and tear’ pada komponen enjin.

biodiesel 02

Di dalam kenderaan diesel yang lebih berusia, penggunaan diesel biasa boleh menyebabkan asid sulfurik terkumpul dan seterusnya menyebabkan minyak enjin perlu ditukar dengan lebih kerap. Di dalam kenderaan baharu pula, sistem suntikan bahan api bertekanan tinggi seperti enjin diesel ‘common rail’ sangat sensitif terhadap tahap sulfur yang tinggi. Pendek kata, tahap sulfur tinggi menyebabkan kenderaan perlu diselenggara dan dibaik pulih dengan lebih kerap. Dalam kes biodiesel B10, kandungan sulfurnya yang rendah bermakna risiko hakisan di dalam enjin dapat dikurangkan tanpa menghalang prestasi.

Walaupun terdapat bantahan terhadap pengenalan biodiesel B10, kebanyakan isu yang timbul adalah berdasarkan tentang keserasian bahan api tersebut dengan enjin diesel baharu dan lama di Malaysia. Beberapa pengeluar kenderaan juga telah mengancam untuk membatalkan jaminan mereka sekiranya biodiesel B10 diperkenalkan. Mereka memetik kebimbangan berkaitan dengan kecekapan aliran komponen seperti penyuntik dan penapis bahan api.

Jika kemasukan B10 mendapat tentangan daripada beberapa pengeluar dan pengedar kereta di Malaysia, lain pula ceritanya di Indonesia di mana Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo) menjadi penyokong utama inisiatif biodiesel B20. Badan itu juga mengambil inisiatif untuk mengetuai ujian lapangan bahan api tersebut sebelum ia dilancarkan.

Bagaimanapun, di Malaysia, inisiatif ini diterajui oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama daripada badan-badan lain seperti Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) dan beberapa syarikat OEM.

DBKL B10 Biodiesel 08

Ujian biodiesel B10 dan B20 di negara ini bermula seawal tahun 2013, dengan sebuah kenderaan dipandu sejauh 800 km setiap hari. Sebanyak 76 buah kenderaan pelbagai model, perbatuan dan usia digunakan oleh MPOB untuk tujuan tersebut dan hasilnya adalah konsisten di mana B10 bukan sahaja selamat digunakan, malah mampu mengurangkan enapan dalam enjin. Ini tidak terjadi dengan diesel biasa. Bukan itu sahaja, kenderaan yang digunakan tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam aliran kepada penyuntik bahan api. Penapis minyak juga tidak tersumbat.

Dan bertentangan dengan mitos bahawa penggunaan biodiesel B10 menyebabkan enjin susah untuk dihidupkan dalam keadaan suhu rendah, ujian menunjukkan bahawa tiada pemadatan bahan api dikesan pada suhu serendah 11 darjah Celsius. Ini bukan suatu masalah di Malaysia, di mana suhu tahunan tempat seperti Cameron Highlands adalah sekitar 18 darjah Celsius, dan boleh turun sehingga 11 darjah Celsius pada waktu malam. Untuk rekod, suhu paling rendah yang pernah dicatatkan di Cameron Highlands adalah 7.8 darjah Celsius pada tahun 1978.

Sejak 2014, sebanyak 50 buah kenderaan milk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terdiri daripada traktor, jengkaut. trak pikap, trak tunda, van dan lori tangki air dikuasakan oleh biodiesel B10 bagi menjalani tugasan harian.Ujian tersebut telah mencatat lebih tiga juta kilometer tanpa sebarang kes kerosakan enjin.

Ini belum lagi diambil kira bahawa biodiesel B10 telah pun diiktiraf melalui perjalanan sejauh lebih 45 juta kilometer yang dicatat oleh kenderaan pelbagai jenis dan jenama serta operator pengangkutan yang beroperasi di negara-negara yang mempunyai mandat biodiesel B10 atau lebih tinggi.

DBKL B10 Biodiesel 02

Apabila dilaksanakan di seluruh negara, penggunaan B10 dijangkakan dapat membantu mengurangkan tahap pelepasan yang bersamaan dengan 100,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun, serta mengurangkan 350,000 kg sulfur di dalam atmosfera setiap tahun sekaligus mengurangkan kesan hujan asid.

 

Previous post

Honda BR-V Lepasi Sasaran Jualan Dalam Tempoh 6 Bulan

Next post

Yuumi Dilantik Sebagai Duta Isuzu Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *