Gaya Hidup

Hype Motorsports Hotel Nilai Kini Dibuka Kepada Umum

Forte Hospitality Management Sdn Bhd, pengendali Hype Motorsports Hotel Nilai, Negeri Sembilan memperkenalkan hotel butik pertama di Asia yang berkonsepkan dunia permotoran sepenuhnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Nilai, hotel ini hanya sejauh 15 minit perjalanan dari KLIA dan Litar Antarabangsa Sepang serta kira-kira 40 minit perjalanan ke Kuala Lumpur.

WhatsApp Image 2017-07-05 at 17.55.16

Ketika ini, Hype Motorsports Hotel Nilai menawarkan 75 buah bilik berkonsepkan permotoran, termasuk beberapa bilik yang bertemakan lagenda permotoran seperti bekas pelumba F1 Michael Schumacher, pelumba MotoGP terkemuka Valentino Rossi, pelumba motocross Tony Cairoli, pemandu rali Sebastian Loeb dan sebagainya. Bilik-bilik lagenda dan premier dilengkapi dengan kerusi urut untuk keselesaan pelanggan.

Sebanyak tiga jenis bilik ditawarkan iaitu Standard, Superior dan Family. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah unit pendingin hawa kawalan individu, kunci pintu dengan kad sentuh, pengesan asap, akses WiFi percuma serta televisyen yang lengkap dengan siaran tempatan, saluran permotoran serta jadual penerbangan.

WhatsApp Image 2017-07-05 at 17.54.59

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitality Management, Johari Mohd Yusof, pihaknya mengambil masa beberapa bulan untuk melakukan kajian terperinci serta merancang tema yang sesuai dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengetengahkan konsep permotoran.

“Kami juga merancanga untuk membuka beberapa lagi hotel berkonsepkan ini di beberapa lokasi strategik di seluruh negara sekiranya menerima sambutan baik daripada orang ramai,” katanya.

????????

Majlis pelancaran Hype Motorsports Hotel Nilai ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Sri Abdul Khani Daud. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Hj, Azizan Noordin yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA).

Katanya, Malaysia akan menjadi tuan rumah perlumbaan F1 buat kali terakhir pada 29 September hingga 1 Oktober 2017 dan pihak hotel tidak mahu melepaskan peluang untuk menawarkan pakej lengkap kepada peminat yang ingin menghadiri perlumbaan tersebut.

WhatsApp Image 2017-07-05 at 17.54.57

Beliau berkata, sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk ke ruang lobi hotel ini, mereka akan terpegun melihat konsep permotoran yang diketengahkan melalui susun atur kaunter lobi, reka kerusi dan meja serta paling menarik butik jualan produk berjenama terkenal dalam dunia permotoran.

 

Previous post

Adakah Apple Akan Membeli McLaren Cars?

Next post

Yamaha Y15ZR Dikemaskini Untuk 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *