Berita Auto

Honda BR-V Lepasi Sasaran Jualan Dalam Tempoh 6 Bulan

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa jualan BR-V telah mencecah hampir 11,000 unit dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pelancaran, sekaligus melepasi sasaran jualan tahunan iaitu 10,000 unit. Syarikat itu kini menetapkan sasaran jualan baru iaitu sebanyak 15,000 unit untuk tahun ini yang masih berbaki enam bulan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berdasarkan rekod, varian V menjadi pilihan utama pelanggan dengan peratusan jualan sebanyak 80%, manakala selebihnya adalah varian E. Dari segi pilihan warna, Taffeta White dan Modern Steel Metallic menjadi kegemaran di kalangan pembeli dengan jualan sebanyak 27% dan 25%. Dark Ruby Red Pearl, Golden Brown Metallic dan Lunar Silver Metallic pula berkongsi peratusan jualan sebanyak 16% hingga 17%.

Ciri-ciri unik BR-V seperti ruang bagasi yang luas, enjin bertenaga serta kedudukan kenderaan yang tinggi menjadi diterima dengan baik oleh pelanggan dari pelbagai pelosok negara. Lembah Klang menjadi penyumbang utama jualan dengan rekod sebanyak 44%, diikuti oleh selatan tanah air dengan 20% dan utara dengan 18%. Sementara itu di pantai timur, BR-V mencapai peratusan jualan sebanyak 10%.

BR-V juga menyumbang sebanyak 34% kepada jualan keseluruhan di Sabah dan Sarawak. Selain itu, menurut Honda Malaysia, crossover dengan tujuh tempat duduk itu menjadi pilihan bagi kira-kira 14% daripada golongan pertama kali membeli kereta, yang rata-rata tertarik dengan harganya yang mampu milik, kecekapan bahan api serta reka bentuk sporty.

Honda Malaysia turut memberi jaminan bahawa tempoh penyerahan BR-V kekal dari 1 hingga 2 bulan. Syarikat itu mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan penghantaran yang cepat dan cekap tanpa menjejaskan kualiti kenderaan.

Previous post

Setiap Kereta Volvo Akan Dilengkapi Dengan Motor Elektrik Bermula 2019

Next post

Kelebihan-Kelebihan Biodiesel

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *