Cerita Auto

Ferrari J50 Dapat Penghargaan Tertinggi Anugerah Red Dot 2017

Buat tahun ketiga berturut-turut, Ferrari telah membawa pulang anugerah Red Dot: Best of the Best bagi reka bentuk berkualiti dan canggih. Model yang menerima anugerah berprestij tersebut adalah Ferrari J50 yang dibangunkan khas bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 jenama itu di Jepun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebuah roadster sofistikated yang berasaskan model 488 Spider, J50 menampilkan tema reka bentuk futuristik yang mendapat pujian barisan juri Red Dot. Direka oleh pasukan reka bentuk Ferrari dibawah bimbingan Flavio Manzoni, hanya 10 unit J50 akan dijual di pasaran.

Selain itu, para juri Red Dot turut mengiktiraf reka bentuk GTC4Lusso, La Ferrari Aperta dan 458 MM Speciale. Majlis anugerah yang diadakan di Aalto Theater di Essen itu memfokuskan kepada kecemerlangan reka bentuk Ferrari, yang juga meraikan ulang tahun ke-70 pada tahun ini.

Ferrari-GTC4Lusso

GTC4Lusso merupakan kereta GT flagship jenama itu yang menggunakan konsep empat tempat duduk. Ia menggabungkan prestasi pemanduan dalam pelbagai keadaan dengan keselesaan.

LaFerrari Aperta

LaFerrari Aperta pada asasnya adalah LaFerrari dengan bumbung yang boleh dibuka. Model tersebut menjadi lambang kebolehan teknikal Ferrari dalam kejuruteraan GT serta F1.

Ferrari 458 MM Speciale

458 MM Speciale pula dilahirkan melalui program ‘One-Off’ Ferrari yang istimewa. Program tersebut menyediakan perkhidmatan ‘customisation’ untuk pelanggan yang mahukan gaya yang tersendiri.

 

Previous post

BMW 4 Series Coupe Facelift Dilancarkan di Malaysia

Next post

Pautan Peta Google Untuk Setiap Stesen BHPetrol Euro 5 di Negeri Sembilan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *