Gaya Hidup

Caltex Umum 10 Pemenang Pertama Promosi ‘True Power from Within’

Chevron Malaysia Limited baru-baru ini menyampaikan skuter Vespa Primavera 150 kepada 10 pemenang hadiah utama promosi Caltex ‘True Power from Within’ yang diadakan sempena ulang tahun ke 10 francais filem Transformers dan Transformers: The Last Knight.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Di Caltex, kami sentiasa mencari cara yang menarik untuk memberi kembali kepada pelanggan setia kami selaind daripada menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang promosi ‘Power True from Within’, dan terima kasih atas sokongan berterusan mereka,” kata Faizah Abdul Samad, Pengurus Runcit Daerah – Utara & Pantai Timur, Chevron Malaysia Limited.

Pelanggan serta peminat Transformers boleh menyertai promosi ini dengan membeli minyak Techron bernilai sekurang-kurangnya RM50 untuk layak menyertai cabutan bertuah seterusnya berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti skuter Vespa dan StarCash. Ahli kad Caltex Journey dan B Infinite pula layak menyertai cabutan istimewa serta memenangi sehingga 2 juta BPoints.

 

Previous post

Ducati Scrambler Cafe Racer dan Desert Sled Dilancarkan di AOS 2017

Next post

Honda Rebel 2017 Dilancarkan di Art of Speed

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *