Cerita Auto

BMW Group Malaysia Perkenalkan Program Bantuan Tepi Jalan serta Hotline Kemalangan Baharu

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan program Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan terbaharunya yang menawarkan sokongan profesional untuk menangani situasi cemas ketika berada di atas jalan raya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program baharu itu direka untuk menawarkan ketenangan minda serta pengalaman pemilikan yang terbaik selama 24 jam sehari, 365 hari setahun kepada semua pelanggan BMW, MINI dan Motorrad.

“Kami juga menawarkan Program Jaminan Tayar selama 2 tahun atau 24 bulan yang komprehensif dan pertama seumpamanya. Tidak ketinggalan, Program Perlindungan Insurans yang melindungi kenderaan sepenuhnya serta mengutamakan keselamatan pemandu dan penumpang, melangkaui apa yang ditawarkan dalam industri sekarang,” kata  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

Berkuat kuasa pada 1 Julai 2017, semua pemilik baru BMW dan MINI yang kenderaan mereka didaftar mulai 1 Januari 2017 akan menerima program perlindungan Roadside Assistance (RSA) selama lima tahun secara percuma. Manakala pemilik BMW Motorrad pula akan menerima perlindungan sama selama dua tahun.

Bagi kenderaan yang didaftarkan di antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2016, Program Bantuan Tepi Jalan (RSA) sedia ada masih sah untuk 24 bulan bermula tarikh pendaftarannya.

Sebelum inisiatif baharu ini, program Bantuan Tepi Jalan BMW yang ditawarkan kepada para pemilik ialah selama dua tahun. Program perlindungan itu hanya merangkumi bantuan melalui telefon, bantuan serta-merta, perkhidmatan menunda dan hotline kemalangan.

Kini, program perlindungan itu telah dinaik taraf menjadi lima tahun kepada semua pemilik kenderaan BMW dan MINI yang baru. Ia juga memperkenalkan program baharu ini dengan senarai servis yang lebih komprehensif seperti berikut:

  • Bantuan menerusi telefon dan secara serta-merta

Pasukan pakar perhubungan pelanggan yang bertauliah sentiasa bersedia 24 jam sehari, 365 hari setahun untuk menawarkan bantuan.

  • Hotline Kemalangan

Jika berlaku kemalangan, pasukan Bantuan Tepi Jalan BMW akan membantu menghubungi pihak polis, perkhidmatan kecemasan, memaklumkan kepada pengedar sah. Jika perlu, mereka akan menguruskan servis menunda.

  • Servis Menunda

Jika kerosakan tidak dapat dibaiki di lokasi kejadian, Bantuan Tepi Jalan BMW akan melangsaikan kos menunda kenderaan ke pengedar sah yang terdekat. Sebaik sahaja kenderaan didiagnos, pasukan servis akan melakukan proses pembaikan dan memberi perkembangan terkini kepada pemiliknya.

  • Mobiliti Lancar: Kenderaan Ganti, Penginapan dan Penyelesaian Servis Mobiliti yang lain

Mobiliti lancar yang disediakan di sini termasuklah sokongan yang tersusun, pusat panggilan 24/7, bantuan kerosakan di lokasi di mana pembaikan secara serta-merta akan dibuat dan perjalanan alternatif turut akan diuruskan. Ini termasuklah menyediakan kenderaan ganti untuk sepanjang tempoh pembaikan. Dalam kes di mana kerosakan berlaku dalam jarak yang jauh (200km) dari rumah pelanggan dan penginapan semalaman diperlukan, pihak BMW boleh membantu pelanggan untuk mendapatkan bilik di hotel berhampiran jika diminta.

  • Penghantaran Pulang

Jika kerosakan berlaku di luar negara atau jarak yang jauh (200km), kereta tidak boleh dibaiki di lokasi dan pelanggan perlu pergi ke sesuatu tempat dengan segera, perkhidmatan penghantaran akan ditawarkan oleh pasukan Bantuan Tepi Jalan BMW. Bagi pemilik BMW Motorrad, program Bantuan Tepi Jalan BMW bagaimanapun hanya melibatkan bantuan di telefon dan bantuan serta-merta yang juga bertindak sebagai hotline kemalangan serta servis menunda.

Nombor talian Bantuan Tepi Jalan BMW ialah 1800-88- 8808. Maklumat lanjut, termasuklah terma dan syarat program Bantuan Tepi Jalan BMW boleh didapati di laman web: www.bmw.com.my.

Previous post

Yamaha Y15ZR Dikemaskini Untuk 2017

Next post

Adakah Honda Malaysia Akan Melancarkan HR-V 'Black Edition'?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *