Gaya Hidup

BHPetrol Sampaikan Hadiah Kepada Pemenang Peraduan ‘Beli & Menang 2’

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan ‘Beli & Menang 2’ pada satu majlis yang diadakan di stesen BHPetrol Kg Sungai Kayu Ara pada 13 Julai lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Promosi tersebut yang diadakan dari 15 April hingga 31 Mei 2017 berjaya mengumpul sebanyak 46 pemenang secara keseluruhan. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuk dua unit kamera Fujifilm X-A10, empat unit pembesar suara JBL Pulse 2, lapan unit dron serta 32 unit perakam video.

Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membeli mana-mana dua produk yang turut serta akan mendapat pelekat kereta seterusnya layak menyertai pertandingan tersebut.

Penerima hadiah utama merupakan Nor Faizah binti Nor Ahmad, dari Taman Ibukota, Kuala Lumpur dan Kasturi Parameswaran dari Yong Peng, Johor.

Antara jenama produk yang turut serta dalam promosi tersebut adalah Wonda Coffee, Calpis, Tropicana Twister, KitKat Drustick dan ais krim La Cremeria.

Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh Baba Tan, Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol, bersama-sama dengan para pegawai dari jenama yang turut serta.

Previous post

Mercedes-Benz X-Class Trak Pikap Gaya Hidup Mewah

Next post

Bonus Tunai RM10,000 Untuk Model Mitsubishi Terpilih Merdeka Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *