Berita Auto

Aneesa Pemilik Pertama Honda Jazz Sport Hybrid di Malaysia

Honda Malaysia hari ini menyerahkan Jazz Sport Hybrid unit yang pertama kepada pemiliknya iaitu Aneesa binti Abdul Rashid di satu majlis yang diadakan di Honda Global Amity di Bangi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penyerahan tersebut merupakan satu peristiwa penting kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara selain Jepun yang menerima Jazz Sport Hybrid baharu dengan teknologi i-DCD. Di Jepun sahaja, hampir 865,000 unit kenderaan hibrid i-DCD telah terjual setakat bulan Jun ini.

Dilancarkan di Malaysia pada 6 Jun 2017, Jazz Sport Hybrid menampilkan gabungan enjin 1.5-liter i-VTEC kitaran Atkinson dengan motor elektrik yang ditempatkan di dalam unit transmisi dwi klac tujuh kelajuan. Berbanding sistem Integrated Motor Assist (IMA) yang digunakan sebelum ini, i-DCD menggunakan bateri lithium-ion yang bukan sahaja lebih ringan dan kompak, malah boleh menyimpan 1.5 kali lebih banyak tenaga.

“Saya telah menyelidik pasaran untuk kereta kedua keluarga saya dan apabila Jazz Hybrid baharu dilancarkan, saya tahu bahawa ia adalah untuk kami. Ciri paling unik adalah ruang kargo fleksibel yang menjadikan kenderaan ini sangat praktikal untuk acara keluarga,” kata Aneesa.

 

 

Previous post

Honda CBR650F dan CB650F Terima Peningkatan Untuk 2017

Next post

JAGUAR XJR575 Dengan Tork 700Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *