Motosikal / Lain Lain Roda

Warna Baharu Untuk Yamaha Lagenda 115Z dan FZ150i

Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan ketibaan skim warna baharu bagi dua modelnya iaitu Lagenda 115Z dan FZ150i.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan buat pertama kali pada 2013, Lagenda 115Z kini didatangkan dalam warna merah, biru dan hitam, lengkap dengan grafik segar. Sementara itu, pengeluaran warna-warna terdahulu akan dihentikan.

L_0041

Motosikal tersebut dikuasakan oleh enjin 113.7 silinder tunggal yang menghasilkan 9.9 hp pada 7,750 rpm dan 9.9 Nm tork pada 6,500 rpm. Ia digabungkan dengan transmisi lima kelajuan.

es_0102

Boleh didapati di pengedar bermula pertengahan Jun, Lagenda 115Z berharga RM5,683.72 (harga jualan asas termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Bagi FZ150i pula, model ‘naked’ jalanan itu kini ditawarkan dalam warna merah, kuning dan biru bagi tahun 2017.

fz_0011

Selain daripada warna terkini, motosikal tersebut mengekalkan gabungan enjin 149.8 cc silinder tunggal dan transmisi lima kelajuan sebelum ini yang menghasilkan 16.3 hp pada 8,500 rpm dan 14.5 Nm tork pada 7,500 rpm.

FZ_0034

Harga FZ150i bermula dari RM9,156.28 (harga jualan asas termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Previous post

Promosi Jalan-jalan Raya Bersama Haval

Next post

Pesanan ZF Periksa Shock Absorber Anda Musim Ini Untuk Keselamatan Maximum

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *