Gaya Hidup

Tyreplus Pelopori Khidmat Service Kereta Di Pantai Timur

Sebut sahaja bengkel atau pusat servis kereta, ramai akan membayangkan ruang

yang berselerak, kotor dan berminyak dalam suasana yang lengas dan bingar.

Selain daripada tanda-tanda lazim ini, kebanyakan pusat servis kereta biasa sering

kali gagal menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, diyakini dan berkualiti,

menyebabkan pemilik kereta atau pengusaha angkatan kenderaan ragu-ragu sama

ada kenderaan mereka telah diservis dengan selamat.

Photo 2 (5)

 

Dalam usaha mengubah tanggapan tersebut dan menawarkan perkhidmatan servis

kereta mudah dan bermutu tinggi kepada rakyat Malaysia, yang disediakan oleh

rangkaian profesional yang dipercayai, diyakini dan prihatin, Michelin Malaysia telah

memperkenalkan rangkaian runcit TYREPLUS bertaraf antarabangsa ke seluruh

negara pada 2009.

 

Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang menjadi salah satu rangkaian

servis kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 50 cawangan dan angka ini semakin

bertambah. TYREPLUS menyediakan perkhidmatan tambahan daripada penggantian

tayar, pembaikan tayar, pengimbangan roda, penjajaran roda dan servis kereta biasa

dengan sokongan jenama antarabangsa termasuk Michelin, BFGoodrich, Bosch,

Mobil 1, Total dan Tech.

 

Tambahan lagi, kedai TYREPLUS menyediakan ruang menunggu selesa yang

dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kemudahan Wi-Fi.

Sejajar dengan perkembangan pantasnya, TYREPLUS baru-baru ini melancarkan

identiti visual dan korporat barunya, seiring rancangan untuk menjenamakan semula

rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh 4 tahun akan datang. Ini termasuk 5

cawangan TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.

 

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, En. Pascal Nouvellon, pelaburan untuk

menjenamakan semula cawangannya di Pantai Timur mencerminkan kepentingan

pasaran tersebut kepada Syarikat.

 

“Kawasan Pantai Timur kekal sebagai pasaran yang penting dan pantas berkembang

bagi TYREPLUS. Pelaburan strategik kami adalah sejajar dengan matlamat kami

untuk memenuhi keperluan pemilik kereta Malaysia di seluruh negara yang mahukan

dan mengharapkan tahap keselamatan maksimum untuk diri sendiri dan keluarga

mereka. Di TYREPLUS, keselamatan menjadi keutamaan dan dengan demikian kami

menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi, yang diberikan oleh

profesional yang terlatih,” kata En Nouvellon.

 

Bagi pusat servis kereta Pomcek Solutions Sdn Bhd di Kota Bharu, keputusan

mendaftar sebagai cawangan TYREPLUS nyata satu keputusan yang tepat bagi

perniagaan keluarga berusia 30 tahun ini.

 

Menurut pengarah perniagaan generasi ketiga, En. Richard Tan, prosedur terperinci

dan teliti yang perlu dipatuhi oleh setiap cawangan TYREPLUS memastikan

pelanggan menerima servis bermutu tinggi yang serba lengkap berbanding pusat

servis biasa.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Banyak yang boleh dipelajari oleh perniagaan seperti kami daripada sebuah

rangkaian yang diiktiraf antarabangsa. TYREPLUS berbeza daripada bengkel kereta

biasa. Pelanggan ditawarkan perkhidmatan yang menyenangkan dan tanpa kerenah,

dan aspek yang paling kecil sekalipun akan diteliti. Kami bukan sahaja menyelesaikan

masalah kereta pelanggan tetapi melakukan pemeriksaan 32 titik pada semua

kenderaan untuk menentukan keselamatan kereta mereka. Dengan berbuat demikian,

kami berharap untuk berganding bahu dengan TYREPLUS untuk meningkatkan

tahap keselamatan jalan raya di Malaysia,” tambahnya.

 

Walaupun kemelesetan pasaran servis kereta baru-baru ini dirasai di seluruh negara,

En. Eddie Chua, Pengurus Pusat Servis Kenderaan Roda Pro di Kuala Terengganu

yakin bahawa kerjasama enam tahun dengan TYREPLUS akan memberikan

perniagaannya kelebihan tambahan untuk menghadapinya.

 

“Michelin ialah jenama yang diiktiraf ramai dan TYREPLUS memang terkenal di rantau

ini kerana menyediakan perkhidmatan profesional dan produk yang dipercayai.

Justeru, kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini.

Bekerjasama dengan jenama antarabangsa nyata satu kelebihan besar kepada

perniagaan kami. Selama ini, TYREPLUS telah membantu kami dengan menyediakan

latihan kemahiran dan pengetahuan produk, dan juga sokongan pemasaran dan

promosi. Pelanggan kami juga mendapat jaminan kualiti di pusat servis kami kerana

kemahiran kerja dipercayai yang telah kami bangunkan dan produk hebat yang kami

tawarkan,” tambahnya.

 

“Langkah kami menyertai TYREPLUS tidak menghairankan kerana kami telah

menjalin hubungan yang baik dengan Michelin dalam tempoh setahun lepas. Berkat

sokongan kukuh mereka, kami berharap untuk membuka lebih banyak cawangan

TYREPLUS di negeri ini,” kata En. Ch’ng, Pengurus Jayamas Tyre Service Centre

Sdn Bhd di Kota Bahru.

oznor

 

Menyuarakan pandangan sama seperti wakil penjual di Pantai Timur, En. Chin dari

UTS Tyre Service Sdn Bhd di Kuantan juga berhasrat untuk memajukan kedai

TYREPLUS menerusi kerjasama jangka panjang yang membuahkan hasil bersama

Michelin Malaysia.

 

TYREPLUS ialah jenama global Michelin dengan konsep perniagaan runcit yang

membabitkan rangkaian kedai tayar runcit di pasaran besar seperti China, Thailand,

Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Kemudahan ini ialah pusat

sehenti yang menawarkan penyelesaian servis kereta serba lengkap kepada

pelanggan.

 

Dari 28 Mei hingga 30 Jun, pelanggan yang membeli produk di TYREPLUS

berpeluang menerima hadiah beg pendingin Michelin, kad petrol jenama TYREPLUS

dan perkhidmatan membaiki tayar Tech percuma dengan pembelian tayar MICHELIN.

Pelanggan juga mungkin menerima pelapik anti-gelincir percuma dengan pembelian

minyak pelincir Mobil 1.

 

Previous post

Kempen Pemeriksaan 20-Mata Percuma oleh Proton Sempena Aidilfitri Kembali Lagi

Next post

Jaguar Sahkan Kehadiran E-Pace

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *