Berita Auto

Rasai Keseronokan Pemanduan Elektrik pada Siri Jelajah BMW iPerformance

BMW Group Malaysia menjemput anda untuk merasai sendiri BMW EfficientDynamics dan mobiliti masa depan (Mobility of the Future) di ruang Concourse pusat membeli-belah Bangsar Village II pada hujung minggu ini, bermula Jumaat hingga Ahad (16-18 Jun 2017).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara itu bakal mempamerkan barisan kenderaan BMW iPerformance iaitu 330e, X5 xDrive40e,  740Le dan i8 yang futuristik. Ia akan berlangsung mulai jam 10am hingga 10pm bagi ketiga-tiga hari tersebut.

Selain mempamerkan kenderaan masa depan daripada BMW Group, siri jelajah tersebut akan turut mengetengahkan teknologi BMW eDrive yang inovatif – salah satu elemen dalam rangkaian teknologi BMW EfficientDynamics. BMW akan menunjukkan bagaimana teknologi eDrive mampu menawarkan kecekapan luar biasa dan praktikaliti untuk kegunaan setiap hari.

The all-new BMW X5 xDrive40e

Selain siri jelajah tersebut, Ingress Auto Damansara, Sungai Penchala dan Ingress Auto Puchong, Bandar Puteri akan turut mengadakan majlis buka puasa istimewa. Diadakan pada Sabtu, 17 Jun 2017 mulai jam 8pm hingga tengah malam, Ingress Auto menjemput orang ramai untuk sama-sama menjalani ibadah puasa.

Selain makanan yang enak, majlis anjuran Ingress Auto itu ada menawarkan promosi khas iaitu program pembiayaan serendah 1.88% ke atas model-model terpilih. Bukan itu sahaja, Ingress Auto bakal memberi baucar-baucar percuma sehingga RM10,000 dengan pembelian model-model terpilih. Tawaran sah sehingga 30 Jun 2017.

BMW 330e

Bagi pemilik kenderaan BMW, perkhidmatan pemeriksaan 20 poin secara percuma disediakan pada sebelah petang sebagai persediaan sebelum balik kampung. Walaubagaimanapun, pelanggan perlu menempah slot temu janji terlebih dahulu. Diskaun sebanyak 20% ke atas kos buruh untuk pembaikan badan dan cat, serta penukaran minyak enjin akan turut diberikan. Servis penjajaran dan seimbangan tayar pula akan dilakukan secara percuma dengan pembelian empat unit tayar baharu. Tawaran daripada Ingress Auto ini sah sehingga 31 Julai 2017.

 

Previous post

80 Tuan Punya Regera Bayar USD1.9M Untuk Satu

Next post

Aston Martin Vantage AMR Diinspirasikan oleh Jentera Lumba

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *