Cerita Auto

Promosi Jalan-jalan Raya Bersama Haval

Pengedar eksklusif jenama Haval di Malaysia, GO Auto melancarkan tawaran istimewa kepada bakal pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi Promosi Hari Raya Aidilfitri Haval – “Jalan-Jalan Raya With Haval” yang bermula 29 Mei – 25 Jun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pembeli yang menempah model terpilih Haval sepanjang tempoh berkenaan berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti baucar membeli-belah AEON, baucar KFC, Touch N Go dan BHP Petrol, termasuk duit raya! Kesemuanya bernilai sehingga RM2,900!

Selain itu, orang ramai turut dijemput ke Hari Terbuka dengan mengunjungi mana-mana 25 bilik pameran Haval di seluruh negara bagi memandu uji kenderaan Haval dan nikmati pelbagai promosi hebat sedang dijalankan.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil, pihaknya ingin menjemput orang ramai ke bilik pameran Haval dan memandu uji serta merasai pengalaman sebenar kenderaan Haval.

“Promosi yang dijalankan bukan sekadar mahu menggembirakan mereka mamandu pulang kenderaan baharu, tetapi kami tambahkan keriangan dengan pemberian baucar dan hadiah untuk dinikmati serta diraikan bersama keluarga tercinta semasa berjalan sepanjang bulan Syawal”.

“Pastikan anda tidak lepaskan peluang menikmati pelbagai promosi istimewa yang bernilai sehingga RM2,900 daripada Haval dan bawa pulang kereta baharu untuk diraikan bersama keluarga tercinta pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya lagi.

Previous post

Cabaran Eco Perodua 2017 Masuk Fasa Kedua

Next post

Warna Baharu Untuk Yamaha Lagenda 115Z dan FZ150i

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *