Berita Auto

Kia Stonic Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah

SUV segmen B atau crossover kompak adalah antara segmen paling cepat berkembang di Eropah dan Kia merancang untuk menembusi pasaran itu dengan model terbaru mereka iaitu Stonic. Ia akan mula dijual pada suku ketiga tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka di Eropah dengan kerjasama dari studio rekaan Kia di Korea, Stonic menggabungkan garisan-garisan menonjol dengan permukaan ‘lembut’. Ia turut menampilkan jeriji ‘hidung harimau’ serta bumbung ‘Targa’ yang didatangkan dalam dwi-tona. Reka bentuk bumbung tersebut diinspirasikan oleh kenderaan konsep Kia Provo 2013. Ia boleh didapati dalam 20 kombinasi warna dua tona, dengan pilihan lima warna khas untuk bumbung.

medium-8790-kiastonic-1

Stonic ditawarkan dengan barisan enjin turbo petrol dan diesel, masing-masing dipadankan dengan transmisi manual. SUV itu boleh didapati dengan enjin 1.0 liter T-GDI (turbocharged gasoline direct injection) dengan 120 PS, serta enjin NA MPI (multi-point injection) bersesaran 1.25 atau 1.4 liter. Enjin diesel 1.6 liter turut ditawarkan.

medium-8784-theall-newkiastonic-1

Stonic dilengkapi dengan stereng dan suspensi talaan Eropah untuk pemanduan yang lebih mengujakan. SUV pacuan roda hadapan itu juga didatangkan standard dengan Electronic Stability Control (ESC) dan Vehicle Stability Management (VSM) yang merangkumi fungsi-fungsi seperti Torque Vectoring by Braking, Straight Line Stability, dan Cornering Brake Control.

medium-8786-theall-newkiastonic-1

Selain itu, Stonic turut menampilkan sistem Apple CarPlay dan Android Auto untuk sambungan telefon pintar secara wayarles. Seperti model-model Kia yang lain, pelanggan boleh mendapatkan SUV ini denang ciri-ciri keselesaan seperti pemanas tempat duduk hadapan, Automatic Cruise Control dan Keyless Entry.

medium-8792-kiastonic-1

Walaupun bersaiz kompak, Kia menjanjikan ruang lega kaki dan kepala yang luas untuk semua penumpang. Ruang bagasi sebesar 352 liter juga boleh diperluaskan dengan penggunaan lantai but ‘two-step’. 51% daripada platform dan kerangka kereta ini diperbuat dari keluli berkekuatan tinggi.

medium-8782-theall-newkiastonic-1

Pelanggan juga memilih sistem bantuan pemandu DRiVE WISE Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti  Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan Pedestrian Recognition dan Forward Collision Alert (FCA), Blind Spot Detection (BSD) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Lane Departure Warning System (LDWS), High Beam Assist (HBA) dan juga Driver Attention Warning (DAW).

 

Previous post

Jaguar Sahkan Kehadiran E-Pace

Next post

Semua Yang Perlu Anda Ketahui Tentang GT 6-Series Yang Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *