Berita Auto

Kemunculan Pertama Geely Boyue di Malaysia

Selepas banyak spekulasi yang timbul, Geely Boyue akhirnya membuat kemunculan sulungnya di Malaysia semasa majlis tandatangan perjanjian muktamad antara DRB-Hicom dan Geely Holding di Kuala Lumpur hari ini. Ia akan menjadi kenderaan Proton pertama yang dihasilkan melalui kerjasama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan di China pada Mac 2016, Boyue merupakan salah satu kenderaan saiz sederhana Geely selain daripada sedan GC9. SUV lima tempat duduk itu berukuran panjang 4,519 mm, lebar 1,831 mm dan tinggi 1,694 mm, dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,670 mm. Ia direka oleh bekas pereka Volvo iaitu Peter Horbury.

Geely Boyue Preview 17

Boyue ditawarkan dengan barisan rangkaian kuasa yang merangkumi enjin NA 2.0-liter dengan 139 hp dan 178 Nm, serta enjin pengecas turbo 1.8-liter dalam dua versi – 160 hp/250 Nm dan 181 hp/285 Nm. Versi paling tinggi itu mendapat transmisi automatik enam kelajuan dengan pacuan empat roda, manakala yang lain-lain didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan dan pacuan roda hadapan.

Geely Boyue Preview 04

Dari aspek kelengkapan, SUV itu mempunyai sistem infotainment G-Link dengan skrin sesentuh 8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengesan suara yang boleh digunakan untuk mengawal fungsi-fungsi seperti audio dan kawalan iklum. Model yang dipertunjukkan ini merupakan versi pemanduan sebelah kiri yang dilengkapi dengan kemasan kulit Nappa.

Geely Boyue Preview 08

Proton masih belum mengesahkan tarikh pelancaran SUV pertamanya, namun kami menjangka ia akan mengambil sedikit masa bagi menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan untuk pasaran Malaysia. Mungkinkah ini ‘game changer’ pengeluar kenderaan nasional itu?

 

Geely Boyue Preview 09

Geely Boyue Preview 12

Geely Boyue Preview 05

Geely Boyue Preview 07

Geely Boyue Preview 14

 

 

 

 

 

Previous post

BMW Group Malaysia Lancarkan Program BMW Safety 360° Edisi Keempat Dengan Kerjasama Ukids

Next post

"Overdrive" Pada Dasarnya Adalah Filem Iklan BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *