Berita Auto

Jaguar Sahkan Kehadiran E-Pace

Jaguar telah memperkenalkan SUV kompak prestasi terbarunya yang dikenali sebagai E-Pace. Menggabungkan reka bentuk kereta sports dengan praktikaliti SUV, E-Pace adalah kesinambungan kepada model F-Pace serta konsep I-Pace yang bakal dikeluarkan pada 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ian Callum, pengarah reka bentuk Jaguar, berkata, “Kombinasi rupa kereta sports dan prestasi Jaguar akan memastikan bahawa E-Pace menonjol. Setiap kenderaan Jaguar direka untuk merangsang pancaindera dan kami fikir E-Pace akan melakukannya, walaupun dengan karakter tersendiri.”

Setakat ini, tidak banyak maklumat mengenai E-Pace didedahkan. Selain daripada gambar di atas, Jaguar mengesahkan bahawa E-Pace akan didatangkan dengan teknologi AWD, barisan enjin petrol dan diesel Ingenium, serta pelbagai teknologi perhubungan dan ciri keselamatan.

SUV kompak itu akan didedahkan pada peringkat global pada 13 Julai ini.

Previous post

Tyreplus Pelopori Khidmat Service Kereta Di Pantai Timur

Next post

Kia Stonic Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *