Berita Auto

Honda Jazz Terima 1,300 Tempahan Dalam Tempoh 2 Minggu

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima lebih 1,300 tempahan dalam tempoh dua minggu selepas ia dilancarkan. Jumlah itu melebihi sasaran jualan setiap bulan iaitu 1,200 unit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian E menerima tempahan paling tinggi dengan mencatat 40% daripada jumlah tempahan yang terkumpul, diikuti oleh varian V 32% dan varian S 28%.

Bilangan tempahan tertinggi dikumpulkan di Lembah Klang dengan 42% daripada jumlah keseluruhan. Kawasan lain juga mencatat jumlah yang memberangsangkan iaitu 21% di kawasan Selatan, 18% di Utara, 13% di Pantai Timur serta 6% di Malaysia Timur.

Warna yang paling popular adalah Modern Steel Metallic, diikuti dengan Lunar Silver Metallic. Model itu dikatakan menarik minat golongan eksekutif muda serta pembeli kenderaan kedua.

Sementara itu, Jazz Sport Hybrid i-DCD juga menerima maklum balas positif dari orang ramai. Malaysia merupakan satu-satunya selepas Jepun yang menerima model tersebut dan ia juga satu-satunya model hibrid di pasaran yang ditawarkan pada harga di bawah RM90,000.

Menurut Honda Malaysia, penghantaran Jazz Hybrid akan dimulakan pada penghujung bulan Julai ini. Tempoh menunggu bagi kedua-dua Jazz petrol dan hibrid pula adalah selama satu bulan.

Previous post

Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya - Haval H2 'RQ2174'

Next post

BMW Group Malaysia Mengumumkan Sokongan Terhadap Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *