Motosikal

Honda EX5 Dream Fi Baharu – Kini Patuh Piawaian EURO3

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda EX5 Dream Fi baharu dengan slogan “The Joy of 30 Years” yang menjelaskan perjalanan penuh sejarah model tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1987, EX5, juga dikenali sebagai Honda Cub, merupakan motosikal Honda paling lama dalam pengeluaran dan telah terjual sebanyak dua juta unit di negara ini. Jumlah pengeluaran dan jualan model ini dijangka mencecah angka 100 juta unit tidak lama lagi.

Honda EX5 - The Joy of 30 Years

EX5 Dream Fi baharu merupakan versi yang dinaik taraf daripada versi yang dilancarkan pada April 2015. Kapcai itu kini memenuhi piawaian pelepasan Euro3 dan juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Nasional 2014. Versi terbaru ini juga menampilkan ‘cast wheel’, tayar ‘tubeless’, pemegang belakang krom dan reka bentuk logo istimewa.

Honda EX5 Dream Fi 2017 02

Harga (termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) bagi EX5 Dream Fi baharu bermula dari RM4,906.74 (kick starter, spoke wheel), RM5,150.54 (kick/self starter, spoke wheel) hingga RM5,404.94 (kick/self starter, cast wheel). Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Honda EX5 Dream Fi 2017 03

Motosikal ini boleh didapati dalam warna ungu (Marianna Purple Metallic), merah (Candy Scintillate Red) dan biru (Pearl Nightfall Blue). Versi ‘cast wheel’ juga didatangkan dalam pilihan warna hitam (Pearl Magellanic Black).

EX5_Candy Scintillate Red

EX5_Mariana Purple Metallic

EX5_Pearl Nightfall Blue

 

Previous post

Lexus LC500 Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia - RM940,000

Next post

Sudahkah Alfa Giulia Hilang Magicnya?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *