Berita Auto

Fisker EMotion: Kenderaan Elektrik Tercanggih Dunia

Pengasas Fisker, Henrik Fisker telah mendedahkan kenderaan elektrik terbaru jenama itu iaitu EMotion melalui akaun Twitter miliknya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tanpa mendedahkan spesifikasi model tersebut, Fisker menggelarkan EMotion sebagai “kenderaan elektrik tercanggih di dunia” dengan jarak pemanduan melebihi 643 km dan kebolehn untuk dicas sehingga penuh dalam masa hanya 9 minit. Ia juga akan dilengkapi dengan teknologi autonomi.

fisker emotion 02

Dari aspek rekaan, EMotion tampil dengan reka bentuk futuristik yang sudah menjadi ‘trademark’ Fisker. Bahagian hadapan kereta itu menampilkan sepasang lampu ‘mata harimau kumbang dan jeriji yang menempatkan sensor LIDAR. Ia juga mempunyai pintu ‘rama-rama’ dengan cara bukaan yang unik.

fisker emotion 03

Tarikh pelancaran juga tidak didedahkan, namun melalui tanggapan awal yang diberikan ini, EMotion dilihat mempunyai potensi untuk bersaing dengan gergasi kenderaan elektrik iaitu Tesla.

fisker emotion

Previous post

Enjin Ingenium Untuk Discovery Sport Dan Evoque 2018

Next post

Renault Trafic SpaceClass Lebih Menyerupai MPV Mewah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *