Berita Auto

DRB-Hicom, Zhejiang Geely Holding Tandatangani Perjanjian Muktamad

DRB-Hicom Berhad hari ini menandatangani perjanjian muktamad yang menyaksikan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dari China memegang 49.9% ekuiti Proton. DRB-Hicom juga menjual keseluruhan sahamnya dalam Lotus Advanced Technology Sdn Bhd kepada ZGH dan Etika Automotive Sdn Bhd.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis disaksikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, bersama Brig. Gene. (K) Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengerusi DRB-Hicom dan Pengerusi ZGH, Li Shufu.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Dato’ Sri Syed Faisal Albar menandatangani bagi pihak DRB-Hicom manakala An Conghui, Presiden Geely Holding Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group pula mewakili ZGH. Turut hadir ialah Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata perjanjian ini merupakan satu detik bersejarah bagi Proton, yang mensasar pasaran automotif ASEAN yang lebih besar.

“ZGH, yang juga pemilik Volvo Cars, The London Taxi Company dan kereta jenama Geely, adalah rakan kongsi tepat untuk Proton. Kejayaan mereka bersama Volvo dan The London Taxi Company, serta jenama mereka Geely membuktikan keupayaan mereka sebagai pengeluar kereta serta sebagai rakan kongsi,” jelas Syed Faisal.

????????

Menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Automotif ASEAN, jualan kereta penumpang bagi tahun 2016 di rantau ini telah mencapai 2.1 juta, peningkatan sebanyak 85% berbanding jualan pada tahun 2007. Proton akan menjadi hab Asia Tenggara untuk Geely.

Syed Faisal bagaimanapun berkata tumpun utama mereka adalah untuk membawa Proton kembali sebagai kereta terlaris Malaysia.

“Status Proton sebagai kereta nasional kini terjamin kerana DRB-Hicom masih merupakan pemegang saham majoriti. Proton kini akan menumpukan usaha mereka untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam negara dengan kerjasama ZGH,” tambah beliau lagi.

Li juga amat positif dengan perjanjian ini dan meluahkan harapan agar kerjasama ini dapat menghasilkan kejayaan.

“Proton merupakan simbol pencapaian kebangsaan dan semangat perindustrian di Malaysia. Kami berharap melalui kerjasama dengan DRB-Hicom, Proton bakal menjadi jenama automobil no. 1 di Malaysia semula dan mencapai kedudukan tiga teratas di Asia Tenggara.”

“Bagi Lotus pula, kami mempunyai rancangan untuk meningkatkan pelancaran model baharu dan juga meningkatkan kapasiti bagi memastikan daya tarik jenama ini. Proton dan Lotus bakal mewujudkan sinergi bagi meletakkan ZGH sebagai antara penggiat industri utama di pasaran ASEAN, dan seterusnya meningkatkan kedudukan global kami serta mengukuhkan usaha mencapai sasaran jualan tiga juta unit menjelang 2020,” kata Li.

Previous post

Kereta Elektrik Kedua Untuk Rangkaian Pengeluaran Audi

Next post

BMW Group Malaysia Lancarkan Program BMW Safety 360° Edisi Keempat Dengan Kerjasama Ukids

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *