Berita Auto

Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’

Aktres jelita terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV), Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia. Tambah Azli, Go Auto berharap Che Ta akan gembira dengan Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.

Lebih bermakna, hadiah istimewa diterima pelakon kelahiran Alor Setar itu diberikan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Malah, Che Ta turut tidak menyangka diberikan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, “RQ2174” bermaksud Rozita, yakni namanya sendiri.

Menurut Che Ta, 44, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana dia sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

“Pada masa itu Haval menggunakan label Great Wall Motors sebelum dijenamakan semula sebagai Haval, baru-baru ini. Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan Haval sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan,” kata ibu kepada tiga anak itu.

DSC_3802

Mengulas mengenai profil H2, Che Ta berkata, SUV tersebut adalah satu-satunya model Haval paling premium yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini.

“Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2. Sebutlah apa saja, 6 beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras 6-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

“Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. Puluhan ribu lebih murah berbanding pesaing SUV lain” jelas Che Ta.

Tambah pelakon itu, kualiti ditawarkan SUV H2, dan juga satu lagi model hatchback dengan gaya crossover, H1 nyata sangat memuaskan.

???????????????????????????????

“H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servis pula ada di seluruh Malaysia . Jadi memang tidak perlu risau sangat pasal masalah alat ganti dan baik pulih,” kata Che Ta lagi.

Previous post

Jenama Kereta Paling Bernilai di Dunia Dalam Bilion

Next post

Honda Jazz Terima 1,300 Tempahan Dalam Tempoh 2 Minggu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *