Cerita Auto

Aston Martin Vantage AMR Diinspirasikan oleh Jentera Lumba

Geneva Motor Show 2017 yang berlangsung pada bulan Mac yang lalu menyaksikan Aston Martin melancarkan barisan AMR dengan dua model edisi terhad iaitu Rapide AMR dan Vantage AMR Pro yang merupakan jentera litar sejati. Kali ini, jenama itu kembali dengan versi yang boleh digunakan di jalan raya iaitu Vantage AMR.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Buat anda yang masih belum tahu, AMR merupakan jenama berprestasi tinggi yang diwujudkan dengan pengetahuan dan pengalaman Aston Martin dalam sukan permotoran. Ia mempunyai dua peringkat berbeza – AMR, model siri produksi dalam edisi terhad dan AMR Pro, model ekstrem yang dibangunkan dengan kerjasama Aston Martin Advanced Operations.

Vantage_AMR_02.jpg

Vantage AMR didatangkan dalam bentuk ‘coupe’ atau ‘roadster’ dengan pilihan enjin V8 atau V12. Enjin V8 menghasilkan 403 hp manakala V12 mempunyai 595 hp, 30 hp lebih tinggi berbanding Vantage V12 ‘biasa’. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan, namun ia juga boleh didapati dengan transmisi manual – enam kelajuan untuk V8 dan tujuh untuk V12.

Vantage_AMR_03.jpg

Pelanggan mempunyai empat pilihan skim warna: putih dengan grafik jingga, hitam dengan grafik biru, biru dengan grafik merah, dan perak dengan grafik kelabu. Edisi ‘Halo Pack’ pula menawarkan skim warna hijau dengan grafik hijau limau yang diilhamkan oleh jentera lumba Vantage GTE yang memenangi kejohanan World Endurance 2016. Logo dengan corak Union Jack juga boleh dipesan tanpa sebarang kos tambahan.

Vantage_AMR_V12_08.jpg

Bahagian kabin pula menampilkan tema berbeza mengikut skim warna luaran yang dipilih. Model coupe dihiasi dengan gabungan kulit dan Alcantara manakala model roadster mendapat kemasan kulit sepenuhnya. Pelanggan boleh mendapatkan tempat duduk gentian karbon ringan, selain daripada komponen gentian karbon yang lain seperti jeriji hadapan, panel instrumen, cermin sisi dan pemegang pintu. Tiga kemasan berbeza untuk rim juga disediakan.

Vantage_AMR_V8_07.jpg

Selain itu, pelanggan yang inginkan sentuhan tersendiri boleh mendapatkan kit aero AMR yang merangkumi komponen seperti ‘splitter’ hadapan, ‘dive planes’, ‘spoiler’ belakang serta rim aluminium. Sistem ekzos titanium bukan sahaja boleh mengurangkan berat sebanyak 14 kg, malah menghasilkan bunyi yang lebih mengujakan.

Vantage_AMR_Accessories_03.jpg

Produksi Vantage AMR akan dihadkan kepada hanya 300 unit untuk pasaran global – 100 unit V12 dan 200 unit V8.

Previous post

Rasai Keseronokan Pemanduan Elektrik pada Siri Jelajah BMW iPerformance

Next post

Pulang Berhari Raya dengan Selamat dengan Kawasaki dan Waze

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *