Berita Auto

Pusat 3S Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Hap Seng Dibuka di Ipoh

Hubungan kerjasama yang terjalin antara Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) dan Hap Seng Commercial Vehicle (HSCV) terus menjadi kukuh dengan pelancaran pusat 3S keempatnya iaitu HSCV Ipoh.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan keluasan berjumlah 0.57 hektar, pusat ini dilengkapi dengan peralatan yang membolehkan sehingga 150 buah kenderaan komersial Mercedes-Benz diselenggara setiap bulan. HSCV diuruskan oleh pasukan pengurusan dan teknikal yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari jualan, servis hingga kewangan.

“Bersama-sama dengan rakan kongsi kami yang dipercayai iaitu Hap Seng Commercial Vehicle, kami berkongsi matlamat untuk menyampaikan trak berkualiti tinggi yang direka untuk kebolehpercayaan dan kecekapan ekonomi,” kata Albert Yee, Naib Presiden MBM CV.

MBM CV setakat ini mempunyai 15 pusat pengedar di seluruh negara, termasuk di Kinrara, Klang, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri. Menurut syarikat itu lagi, rancangan pengembangan akan dilaksanakan dalam tahun-tahun mendatang sebagai tanda komitmen terhadap pelannggannya.

Photo 2

Pada majlis yang sama, HSCV turut sempat menyampaikan 16 unit trak Mercedes-Benz Actros 3340S 6×4 kepada TKSC Trading & Transport Sdn Bhd. Syarikat itu telah membeli lebih daripada 70 unit Actros sejak menjadi pelanggan Mercedes-Benz pada 2013.

Pusat 3S Mercedes-Benz Hap Seng Commercial Vehicles Ipoh terletak di Lot 160900 – 160902, Persiaran Klebang 1, Kawasan Perusahaan IGB, 31200 Ipoh, Perak.

 

Previous post

Volkswagen’s Golf R 2017… Adakah Ia Akan Datang ke Malaysia?

Next post

Miliki Volkswagen Baharu Dari Serendah RM25 Sehari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *