Berita Auto

Porsche Hasilkan Sejuta Unit 911 Sejak 1963

Porsche 911 telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat kereta semenjak membuat kemunculan pertamanya di International Motor Show (IAA) pada 1963. Hari ini, model itu menyambut pengeluarannya yang ke sejuta di kilang syarikat itu yang bertempat di Stuttgart-Zuffenhausen.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia mungkin kedengaran banyak, tetapi hakikatnya nombor tersebut adalah sangat kecil. Banyak pengeluar kenderaan premium yang menghasilkan dua kali ganda lebih banyak kenderaan dalam tempoh setahun. Dalam erti kata lain, Porsche 911 kekal sebagai kereta sukan eksklusif.

1103165-one-millionth-911-911-carrera-s-kit-2017-porsche-ag-1

Unit yang ke sejuta ini merupakan sebuah 911 Carrera S versi manual yang didatangkan dalam warna Irish Green dan dilengkapi dengan pelbagai perincian yang diinspirasikan oleh 911 pertama seperti kemasan kayu stereng, tombol gear dan papan pemuka. Unit ini akan disimpan oleh Porsche dan akan digunakan untuk siri jelajah di seluruh dunia sebelum ‘direhatkan’ di muzium Porsche di Stuttgart.

864830-one-millionth-911-911-carrera-s-kit-2017-porsche-ag-1

Bagaimanakah Porsche 911 mendapat namanya? Ketika membangunkan model tersebut, Porsche menggunakan nombor alat ganti Volkswagen sebagai rujukan. Oleh kerana nombor ‘900’ masih belum digunakan pada masa itu, syarikat itu memutuskan untuk menggunakan ‘901’ untuk varian enam silinder dan ‘902’ untuk varian empat silinder.

331606-one-millionth-911-911-carrera-s-kit-2017-porsche-ag-1

Namun pada awal Oktober 1964, syarikat itu mendapat bantahan daripada Peugeot yang mendakwa ia telah menggunakan tiga angka dengan sifar di tengah-tengah sejak tahun 1929. Porsche tiada pilihan selain daripada menukar nama produk terbarunya pada masa itu kepada ‘Type 911’.

Previous post

Honda Jazz Petrol Dan Hibrid Sukan Baharu Di Malaysia

Next post

Harley-Davidson Akan Hasilkan Motosikal Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *