Gaya Hidup

Novitec Sedia Mod Rolls Royce Anda

Naza Motors dan rumah tuning Novitec baru sahaja mula bekerjarsama untuk menyediakan upgrade untuk Ferrari tetapi mereka juga ada naik taraf  Novitec untuk Rolls Royce anda.

Ya!  Kereta mewah anda itu boleh ditala dan diberi rupa individu dengan Novitec oleh Naza.

Anda boleh mencari rangkaian lengkap sedia untuk dipasang dan boleh diselesaikan dalam warna pilihan anda dengan menghubungi 012-219-2533.

Rolls-Royce sedang mencuba untuk mengalih daripada jenama untuk orang-orang yang suka dipandu, kepada jenama untuk orang yang suka memandu, dan ia kelihatan seperti syarikat itu menuju kearah yang betul.

Nama apa yang dipilih Novitec untuk  bahagian Rolls-Royce ini? Spofec. Ini bukanlah nama yang paling cool, tetapi sekurang-kurangnya ia digunakan untuk Rolls-Royce Ghost yang nampak cukup cool.

Dua pakej penalaan akan ditawarkan untuk twin-turbocharged 6.6 liter V12 Ghost, yang secara stok pun sudah menghasilkan 563 kuasa kuda dan 575 paun-kaki tork.

 

Pakej Stage 1 meningkatkan output kepada 685 hp dan 706 lb-ft tork, manakala Stage 2 naik ke 708 hp dan 721 lb-ft.

Ini membolehkan Ghost yang beratnya hampir 5,500 pound memecut dari 0-62 bsj dalam hanya 4.4 saat, manakala kelajuan tertinggi ini terhad kepada 155 bsj.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Naza adalah Pengedar Malaysia Eksklusif Novitec dan anda boleh menghubungi mereka di 012-219-2533 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melawat mereka di Novitec oleh Naza di Lot 1, Jalan 51A / 221, 46100 Petaling Jaya, Selangor dan bertanya tentang  kit penukaran untuk Rolls Royce anda.

 

 

Previous post

Ford Menjual Lebih Kereta Sport di USA

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar Enam Model AMG 43

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *