Cerita Auto

Michelin Malaysia Jenamakan Semula Rangkaian Kedai Tyreplus

Dengan tujuan meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia, Michelin akan menjenamakan rangkaian Tyreplus dalam tempoh empat tahun akan datang. Setakat ini, terdapat lebih daripada 50 outlet Tyreplus di negara ini, termasuk 10 yang dibuka tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan kehadiran di China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan, Tyreplus menyediakan perkhidmatan sampingan yang merangkumi tayar, minyak enjin, bateri, pad brek dan lain-lain jenis penyelenggaraan dengan sokongan dari jenama-jenama terkemuka dunia seperti Michelin, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech.

Diperkenalkan di Malaysia pada November 2009, Tyreplus telah berkembang menjadi antara rangkaian penyelenggaraan kenderaan yang terbesar di negara ini.

“Pelanggan kami menghargai pusat servis kenderaan yang boleh dipercayai dan menawarkan ketenangan fikiran berkaitan dengan keselamatan apabila menyelenggara kenderaan mereka. Bagi pelanggan kami, keselamatan adalah amat penting dan mereka tahu mereka boleh mendapatkan jenama utama dan perkhidmatan berkualiti di Tyreplus. Kami amat mengesyorkan anda untuk mencubanya,” kata pengarah urusan Michelin Malaysia, Pascal Nouvellon.

Menurutu Nouvellon lagi, Tyreplus akan terus berkembang dalam tahun mendatang bagi memenuhi keperluan pemilik-pemilik kenderaan di Malaysia. Selain itu, promosi dengan tawaran menarik juga selalu diadakan di Tyreplus, terutamanya pada musim perayaan yang akan datang.

Dari 28 Mei hingga 30 Jun, pelanggan yang membuat pembelian di rangkaian Tyreplus akan mendapat beg penyejuk Michelin, kad petrol, serta servis tayar percuma dengan setiap pembelian tayar Michelin. Pelanggan turut boleh mendapatkan mat anti-slip dengan setiap pembelian minyak pelincir Mobil 1.

 

Previous post

Piaggio Vietnam Umum Pelantikan Gianluca Fiume

Next post

20,000 Pek Kurma Dan 3,000 Pek Juadah Berbuka Percuma Untuk Pengguna LPT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *