Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CBR250R 2017 Dilancarkan di Malaysia

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda CBR250R edisi 2017, yang disasarkan kepada pelbagai jenis pembeli, dari mereka yang menunggang sebagai hobi hingga mereka yang mementingkan gaya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

CBR250R dikuasakan oleh enjin 250 cc silinder tunggal yang menghasilkan 27 hp pada 8,500 rpm dan 23.3 Nm tork pada 7,500 rpm, serta kotak gear enam kelajuan. Rongga dalaman ekzos motosikal itu kini lebih besar, menghasilkan bunyi yang lebih menggiurkan.

enginee

Dengan bilangan bahagian bergerak yang rendah, enjin itu dikatakan lebih cekap bahan api, sementara perincian seperti gelang omboh bergeseran rendah dan palam pencucuh iridium mengurangkan kos penyelenggaraan.

muffler

Saiz enjinnya yang kompak juga membuatkan CBR250R lebih ringan dan mudah dikendali berbanding motosikal dengan berbilang silinder. Ia juga ditempatkan pada posisi yang sesuai pada casis untuk pengagihan berat depan/belakang yang lebih ideal.

speedometer

CBR250R ditawarkan dalam warna merah (Millennium Red), kuning (Lemon Ice Yellow) dan hitam (Black). Ia dijual pada harga bermula dari RM21,940.94 (hitam) dan RM22,258.94 (merah dan kuning). Motosikal itu didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km.

 

millennium red

rearview

black

 

Previous post

Petron Turbo Diesel Euro 5 Diuji

Next post

Jaguar XF Sportbrake Baharu Akan Didedahkan 14 Jun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *