Gaya Hidup

Caltex Lancarkan Promosi ‘True Power from Within’

Pemasar jenama Caltex iaitu Chevron Malaysia Limited telah melancarkan promosi ‘True Power from Within’ bersempena dengan filem Transformers: The Last Knight tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam tempoh promosi sehingga 31 Julai 2017, pelanggan boleh membeli produk Havoline, Delo dan Techron untuk menyertai peraduan-peraduan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti skuter Vespa, barangan eksklusif Transformers, StarCash, baucar membeli-belah serta cabutan bertuah setiap bulan.

Ahli kad Caltex Journey dan B Infinite Cardcare pula layak menyertai cabutan istimewa dan berpeluang memenangi sehingga 2 juta BPoints.

Photo 1A

Chevron Malaysia Limited turut mengumumkan dua kempen yang akan dijalankan serentak dengan promosi ‘True Power from Within’. Pelanggan yang membeli produk Havoline, Delo dan Techron Concentrate Plus di stesen dan bengkel Caltex terpilih akan mendapat set kotak barangan eksklusif filem Transformers.

Pelanggan juga boleh mencuba nasib dalam cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pembesar suara Bluetooth jenama Bose, baucar membeli-belah bernilai RM200, serta hadiah utama iaitu sebuah Vespa LT150. Cabutan bertuah tersebut akan diadakan pada 16 Ogos 2017 dan nama para pemenang akan disiarkan di www.caltextruepower.com.

Photo 2

Selain itu, dari 22 Mei hingga 31 Julai ini, pembelian minyak Caltex dengan Techron bernilai sekurang-kurangnya RM50 membolehkan pelanggan mendapat kotak tisu Transformers serta peluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah seperti skuter Vespa, StarCash, serta mata bonus BPoints bagi pemegang kad Journey dan BInfinite.

Dua cabutan bertuah akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh Hadiah
Cabutan pertama(4 Julai 2017)
  • 10 pemenang: skuter Vespa
  • 30 pemenang saguhati: StarCash bernilai RM200
  • Tambahan kepada ahli kad Caltex Journey dan BInfinite – 100 pemenang dari 1,000,000 BPoints
Cabutan kedua(10 Ogos 2017)
  • 10 pemenang: skuter Vespa
  • 30 pemenang saughati: StarCash bernillai RM200
  • Tambahan kepada ahli kad Caltex Journey dan BInfinite – 100 pemenang dari 1,000,000 BPoints

Dari 15 Jun 2017, pelanggan yang mengisi minyak petrol atau diesel bernilai sekurang-kurangnya RM50 juga berpeluang membeli payung eksklusif Transformers pada harga RM39.90.

Selain itu, orang ramai yang mengambil gambar bersama dengan Caltex Fun Truck juga mempunyai peluang untuk mendapat StarCash bernilai RM200. Anda hanya perlu memuat naik foto tersebut ke laman Facebook Caltex Malaysia atau ke akaun Instagram sendiri dengan kapsyen kreatif dalam kurang dari 10 perkataan dan hashtag #CaltexTruePower.

 

Previous post

Selamat Tinggal Kereta Diesel

Next post

BMW Credit Malaysia Perkenalkan Explore. Love More.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *