Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Concept Link Buka Era Mobiliti Urban

BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah skuter konsep yang dikenali sebagai Concept Link di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2017 yang berlangsung di Itali. Diinspirasikan oleh motosikal konsep Vision Next 100, skuter ini menyatukan sambungan digital dengan mobiliti urban dua roda.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Karakter Concept Link diperjelaskan melalui tema rekaan baharu yang menampilkan badan yang rendah serta panjang, dan tempat duduk yang rata. Penggunaan warna juga menaikkan lagi bentuk skuter konsep ini, yang memakai warna Liquid Metal Titanium di hadapan dan hitam semi-matt pada bahagian badan.

P90260585_highRes_bmw-motorrad-concept

Concept Link juga menampilkan panel sisi yang sedikit terbuka di bahagian belakang bagi mendedahkan elemen-elemen teknikalnya termasuk unit pacuan, penyejuk, lengan ayun, serta spring. Pada masa yang sama, rekaan ini juga membantu meningkatkan aliran udara aerodinamik. Lampu belakang yang berbentuk C pula diintegrasikan ke dalam panel sisi belakang.

P90260586_highRes_bmw-motorrad-concept

Menurut BMW, Concept Link dipacu dengan kuasa elektrik melalui teknologi E-drive, menjadikannya kenderaan yang sesuai digunakan di kawasan bandar dengan pecutan yang pantas dan pengendalian mudah. Ia juga boleh dinaiki dengan mudah sama ada dari sisi atau belakang dek ketinggiannya yang rendah. Gear undur turut disertakan bagi memudahkan skuter ini diletak di ruang yang sempit.

P90260582_highRes_bmw-motorrad-concept

Selain itu, panjang tempat duduk skuter ini juga boleh dilaras mengikut keperluan pengguna. Di bawahnya pula terletak satu ruang simpanan yang boleh diakses dengan mudah melalui penutup gelungsur.

P90260584_highRes_bmw-motorrad-concept

Concept Link turut memfokuskan pengalaman menunggang yang tidak terganggu. Sebagai contoh, panel instrumen yang biasa terdapat pada motosikal digantikan dengan penghadang angin yang boleh memaparkan maklumat seperti kelajuan, navigasi serta tahap kuasa bateri. Sebuah panel besar yang dipasang di bawah bar hendal bertindak sebagai paparan maklumat kedua.

Previous post

Tawaran Raya Volkswagen Semakin Baik.

Next post

Menangi Syiling Emas Merdeka Edisi Terhad Dari BHPetrol

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *