Cerita Auto

UMWT Mulakan Siri Jelajah Toyota Go 2017

UMW Toyota (UMWT) memulakan suku kedua 2017 dengan siri jelajah bertemakan karnival yang bertujuan mengetengahkan produk serta tawaran terbaru mereka. Dikenali sebagai ‘Toyota Go 2017’, acara tersebut akan diadakan sepanjang bulan April dan Mei di 13 lokasi seperti yang tertera di bawah:

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Bulan Tarikh Masa Kawasan Lokasi
1 April 8-9 10am – 10pm Utara AEON Mall Kinta City, Ipoh
2 15-16 12pm – 12am Utara Juru Auto City, SeberangPerai
3 15-16 10am – 10pm Sabah Giant Hypermarket Outdoor Carpark, Sandakan
4 22-23 10am – 10pm Tengah AEON BiG, Bandar TunHussienOnn, Cheras
5 22-23 9am – 9pm Sabah Stadium Likas, Kota Kinabalu
6 29-30 10am – 10pm Selatan Mydin Wholesale Hypermarket, Ayer Keroh, Melaka
7 Mei 6-7 10am – 10pm Tengah AEON Mall, Shah Alam
8 6-7 10am – 10pm Selatan Angsana Mall, Johor Bahru
9 6-7 9am – 9pm Sarawak Boulevard Mall Outdoor Carpark, Miri
10 12-13 10am – 10pm Pantai Timur AEON Mall, Kota Bharu
11 13-14 9am – 9pm Sarawak Sibu Gateway, Sibu
12 20-21 10am – 10pm Pantai Timur Stadium DarulMakmur, Kuantan
13 20-21 9am – 9pm Sarawak Travillion, Kuching

Di siri jelajah tersebut, para pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat serta memandu uji produk-produk terbaru Toyota. Tidak dilupakan juga tawaran eksklusif yang disediakan bagi pengunjung yang membuat tempahan.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat jentera lumba Toyota Vios yang akan digunakan pada kejohanan Vios Challenge di festival Toyota Gazoo Racing yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Orang ramai turut akan diperkenalkan kepada “Care That Amazes”, sebuah program khas bagi pemilik Toyota yang menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, batuan tepi jalan 24SEVEN serta pelbagai perkhidmatan lain.

Untuk kemudahan pelanggan, UMWT juga menyediakan pakej-pakej Careplus, pemeriksaan kenderaan percuma dan perkhidmatan trade-in oleh TopMark. Bagi mereka yang memerlukan pembiayaan, panel UMWT menawarkan pakej pinjaman sewa beli dengan kadar yang menarik.

Pemilik Toyota yang hadir turut boleh menyemak jika kenderaan mereka terlibat dengan kempen panggilan balik (recall) yang dimulakan baru-baru ini. Manakala pemilik yang terjejas boleh menukar beg udara di ruang yanng disediakan khas.

Selain daripada pertunjukkan kenderaan serta tawaran perkhidmatan, acara Toyota Go 2017 juga menjanjikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan selebriti dan panggung wayang terbuka.

Previous post

Evora Sport 410 GP Edition Imbas Kembali Warna Pasukan F1 Lotus

Next post

Pemilik Bengkel Komersial Kini Boleh Berkembang Dengan Kerjasama Shell Rimula Express

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *