Berita Auto

Renault Captur Versi CKD Lebih Mampu Milik

Renault dan TC Euro Cars (TCEC) telah memulakan operasi memasang model Captur secara tempatan di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut. Dengan ini, Malaysia menjadi negara kedua yang memasang model tersebut selepas Sepanyol.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SUV kompak yang diiktiraf sebagai EEV itu ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik iaitu RM109,000 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans). Lebih menarik lagi, 100 orang pelanggan terawal yang membuat tempahan akan mendapat rebat penjimatan tambahan sebanyak RM11,000. Ia akan dijual bermula 19 April 2017.

Captur_FlameRedExt2

Walapun kini lebih murah, Captur CKD mempunyai spesifikasi dan ciri-ciri yang sama dengan versi import. Apa yang baru adalah kombinasi warna dua tona Flame Red dan Diamond Black, serta tempat duduk kulit yang boleh didapati pada harga tambahan.

Captur_OptionalLeatherseats_Frontseats

Captur dikuaskan oleh enjin turbo 1.2-liter empat silinder TCe yang menghasilkan 120 PS dan 190 Nm tork. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4 liter bagi setiap 100 km.

Captur_Interior3

Ciri-ciri standard dan sistem keselamatan merangkumi:

  • Lampu utama automatik dan alat pengesan hujan (Rain Sensors)
  • MediaNav dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci, AUX, USB, Bluetooth, navigasi dan kamera undur
  • Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjiin
  • Mode Eco untuk penjimatan tambahan sehingga 10 peratus
  • Empat unit beg udara bercekapan tinggi – dua di hadapan dan dua di bahagian kepala/thoraks sisi
  • Electronic Stability Control (ESC) dengan kawalan cengkaman (traction control)
  • Hill Start Assist

Captur_IvoryExt1

Selain daripada warna Flame Red/Diamond Black, Captur juga ditawarkan dalam warna Arizona Orange/Diamond Black, Pacific Blue/Ivory dan Ivory/Diamond Black. Sama seperti semua model Renault yang lain , Captur CKD hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Captur_Optionalleatherseats_RearSeats

“Captur memiliki tarikan hebat menerusi reka bentuknya yang bergaya, ciri keselamatan dan standard keselesaan piawaian Eropah, selain mudah dikendalikan. Dengan harga baru, Captur boleh menjadi satu pilihan yang sangat menarik untuk pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Kuan Kim Luen.

Captur_FlameRed_ExteriorRearView

TCEC juga bakal mempamerkan Renault Captur CKD di ruang pameran LG, Oval Concourse, pusat membeli-belah 1 Utama pada 19 hingga 23 April 2017. Selain itu, orang ramai yang berminat boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Renault di seluruh negara pada 22 hingga 23 April 2017 untuk melihat dengan lebih dekat dan memandu uji model itu.

Previous post

Sudahkah Audi Q2 Baharu Menunjukkan Mukanya?

Next post

Petronas Lancar Pelincir Motosikal Sprinta dengan UltraFlex di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *