Berita Auto

Perodua Bezza Terima Pengiktirafan Majlis Rekabentuk Malaysia

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengiktiraf Perodua Bezza sebagai kereta terbaik di bawah kategori Ruang Awam dan Produk Pengangkutan 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Anugerah Malaysia Good Design Mark (MGDM) itu disampaikan kepada Perodua di majlis Malaysia Good Design Mark 2016/2017 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah.

“Pengiktirafan ini adalah bukti kerja keras kami daam menghasilkan kenderaan tempatan dengan standard global,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

bezza_white__front_left_

“Pengiktirafan ini juga akan membantu dalam meningkatkan lagi keupayaan kami untuk memenuhi serta menjangkaui jangkaan pelanggan kerana kami percaya dalam pembaikan berterusan dalam semua aktiviti kami,” tambah beliau.

Baru-baru ini, Bezza turut menerima anugerah Kereta Tahunan 2017 dan Debut Kereta Tahunan 2017 daripada Frost & Sullivan. Sebanyak 50,900 unit Bezza telah terjual sejak ia dilancarkan pada Julai 2016.

 

Previous post

Perlumbaan V8 Supercar Boleh Menjadi Sangat Berbahaya

Next post

Kawasaki Versys-X 250 Berharga RM23,789

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *