Gaya Hidup

Pemilik Bengkel Komersial Kini Boleh Berkembang Dengan Kerjasama Shell Rimula Express

Shell Lubricants Malaysia telah secara rasmi melancarkan rangkaian bengkel Shell Rimula Express bengkel kenderaan komersial berjenama di seluruh negara.

Pemilik bengkel kenderaan komersial terpilih akan mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Shell, jenama minyak pelincir terkemuka dunia untuk 10 tahun berturut-turut, apabila mereka menjadi sebahagian daripada rangkaian Shell Rimula Express. Melalui rangkaian ini, pemilik bengkel akan menerima sokongan daripada Shell Lubricants Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Di antaranya penjenamaan eksklusif yang meningkatkan kehadiran pasaran dan keyakinan pelanggan, pakej pemasaran dan sokongan teknikal.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Melalui rangkaian bengkel Shell Rimula Express, Shell Lubricants Malaysia mampu menawarkan rangkaian lengkap pelincir canggih kepada pelanggan akhir. Produk-produk ini yang dibangunkan khusus untuk melindungi komponen driveline utama (enjin, transmisi dan gandar, dan galas) dalam kenderaan perdagangan. Apabila digunakan dalam sinergi di seluruh barisan, minyak pelincir ini membantu pemilik mengurangkan jumlah kos operasi dengan melanjutkan selang perkhidmatan, mencegah kerosakan, dan memaksimumkan produktiviti.

Sehingga kini, lebih daripada 40 bengkel di seluruh Semenanjung Malaysia telah menyertai rangkaian Shell Rimula Express. Shell Lubricants Malaysia menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian kepada lebih daripada 100 bengkel Shell Rimula Express di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang akhir 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai program bengkel Shell Rimula Express, sila hubungi pengedar sah Shell yang terdekat.

Previous post

UMWT Mulakan Siri Jelajah Toyota Go 2017

Next post

i-Activsense Adalah Cara Mazda Menjaga Keselamatan Pemandu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *