Motosikal

Benelli Leoncino 500 Bakal Tiba di Malaysia Pada Separuh Kedua Tahun Ini

Benelli Malaysia telah mengesahkan pelancaran model Leoncino 500 yang dinanti-nantikan pada suku kedua tahun ini. Seperti yang dapat dilihat, motosikal tersebut menggabungkan tradisi dengan gaya kontemporari, inovasi dan prestasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbicara tentang prestasi, Leoncino 500 dikuasakan oleh enjin penyejukan cecair bersesaran 500 cc dengan silinder berkembar yang menghasilkan 47 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 5,000 rpm. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, enjin tersebut menampilkan suntikan bahan api elektronik, DOHC, empat injap bagi setiap silinder serta klac hidraulik.

Leoncino Maroon 1

Dikatakan motosikal jalanan yang laju dan kompak, Leoncino menampilkan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar bersaiz 120/70 di depan dan 160/60 di belakang. Suspensi hadapannnya adalah fork terbalik bersaiz 45 mm, manakala swingarm di belakang di kawal oleh penyerap hentak. Sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di bahagian hadapan dan cakera 260 mm dengan angkup piston tunggal di bahagian belakang.

Leoncino Grey

Selain itu, Leoncino 500 turut menampilkan ABS, panel instrumen digital dan lampu projektor LED. Harga masih belum ditentukan, namun menurut Benelli Malaysia, motosikal tersebut akan boleh didapati pada harga yang “sangat kompetitif”.

Leoncino Maroon OTR

 

Previous post

Boon Siew Honda Memperkenalkan Wave 125i

Next post

Volkswagen Polo Baharu Ini Nampak Hot!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *