Gaya Hidup

UMW Toyota Recall 42,000 Kenderaan Kerana Beg Udara

UMW Toyota (UMWT), pengedar kenderaan Toyota di Malaysia hari ini mengumumkan Special Service Campaign (SSC) atau penarikan balik untuk penggantian modul inflator sebelah penumpang hadapan airbag beberapa kenderaan Toyota tertentu yang dijual di Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SSC ini adalah penambahan kempen awal oleh Toyota Motor Corporation (TMC) berhubungan kenderaan tertentu yang  dilengkapi dengan modul-modul airbag inflator. Kecacatan itu adalah disebabkan propellant degradation berlaku selepas pendedahan berpanjangan kepada kelembapan yang tinggi dan suhu yang tinggi modul inflator yang mengandungi non-desiccated, phase stabilized ammonium nitrate propellant yang boleh menyebabkan modul pecah. Sekiranya keadaan seperti itu berlaku, serpihan logam akan melalui beg udara kerana ia mengembung ke ruang dalam kenderaan pada kelajuan tinggi. Akibatnya, kecederaan serius atau kematian boleh berlaku.

Model yang terjejas ialah Corolla Altis, Vios, Yaris dan Alphard di Malaysia yang berjumlah sekitar 42,000 unit. Kenderaan yang dihasilkan dari Mei 2010 hingga Disember 2012 dan diedarkan oleh UMWT.

TMC kini sedang mengusahakan mendapatkan alat-alat ganti yang perlukan untuk SSC ini. Apabila bahagian-bahagian sampai, UMWT akan memberi notis kepada pemilik untuk membawa kereta mereka ke pusat servis Toyota berkuasa untuk membuat penggantian yang perlu. Ianya akan mengambil kira-kira 1 hingga 3 jam. Semua kos yang terlibat untuk penggantian akan ditanggung oleh UMWT.

Hubungi pusat servis Toyota yang sah atau hubungi talian percuma Toyota di 1800-8- TOYOTA (869.682).

Atau layari  https://toyota.com.my/aftersales-services/special- service-campaigns

Previous post

Kia Stinger Membuat Debut Asian Di Korea

Next post

Honda 150SS Racer Buat Kemunculan di Bangkok

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *