Cerita Auto

Toyota 86 860 Special Edition Lebih Bergaya Namun Kuasa Kekal Sama

Ditawarkan hanya dalam satu versi sejak dilancarkan, Toyota 86 kini boleh didapati dalam versi ‘860 Special Edition’ yang menampilkan lebih banyak ciri-ciri premium dan teknologi berkaitan prestasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Nombor ‘860’ yang digunakan bermaksud hanya 860 unit akan dihasilkan dalam warna eksklusif Supernova Orange, dan 860 unit lagi dalam warna Halo White. Kedua-dua warna dipadankan dengan jalur berwarna hitam, spoiler belakang, cermin sisi dengan fungsi pemanas dan rim aloi 17 inci. Selain itu, lampu kabus LED dan panel ‘underbody’ turut disertakan.

2017-toyota-86-860-special-edition-15-2c9b8c3c795c6116045bbb-1

Bahagian dalaman pula menampilkan tema hitam dan oren seperti yang dilihat pada tempat duduk, roda stereng, gear dan tuil brek parkir. Antara ciri-ciri premium yang boleh didapati termasuklah kunci pintar dengan butang penghidup enjin dan sistem penghawa dingin dua zon. Setiap unit 860 Special Edition juga didatangkan dengan plak khas pada konsol tengah.

2017-toyota-86-860-special-edition-10-78d8486cafccafe34c701f-1

Sayangnya, aspek mekanikal 86 masih kekal dengan enjin 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 205 hp, serta pilihan transmisi automatik enam kelajuan atau manual enam kelajuan. Namun untuk pengalaman memandu yang lebih menyeronokkan, 860 Special Edition dilengkapi dengan skrin 4.2 inci yang memaparkan pelbagai maklumat seperti daya G, jam, keluk horsepower dan tork, suhu minyak serta tahap penggunaan bahan api.

2017-toyota-86-860-special-edition-08-04c7a1ce45838a64ca820a-1

Ia akan dipasarkan di Amerika Syarikat bermula bulan ini dengan harga $29,115 (RM129,681) untuk versi manual dan $29,875 (RM132,884) untuk versi automatik.

 

Previous post

Mercedes-Benz Lancar A-Class Edisi Urban Hunting Activity

Next post

Go Auto Perkenal Minyak Pelincir Sintetik Penuh Untuk Haval

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *