Berita Auto

MPIC Lancar Ekspedisi Trans Borneo Menggunakan Diesel B10

YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merasmikan Program Ekspedisi Trans Borneo menggunakan diesel B10 (adunan 10% biodiesel berasaskan sawit dengan 90% petroleum diesel) di Stesen Penyelidikan MPOB Belaga, Sarawak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ekspedisi B10 ini dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai diesel B10, selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan program B10 dan komitmen negara ke arah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) serta meningkatkan penggunaan bahan api mesra alam.

B10 adalah adunan biobahan api yang mesra alam sesuai untuk kenderaan diesel walaupun pada suhu rendah di kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Kundasang. Ia boleh menambah baik pelinciran diesel dan meningkatkan nombor cetane diesel bagi membantu pembakaran diesel di dalam enjin.

Ekspedisi B10 Trans Borneo melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 1,000 km. Wakil media dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak memulakan perjalanan dari Belaga ke Miri merentasi Brunei, seterusnya Lawas di Sarawak serta Keningau, Ranau dan berakhir di Kundasang di Sabah. Sebanyak 15 buah kenderaan diesel pacuan empat roda pelbagai model dan empat buah kenderaan muatan berat digunakan selama lima hari empat malam.

IMG-20170302-WA0040_resized

MPOB telah menjalankan kajian kesesuaian penggunaan biodiesel B10 sejak 2013 sehingga kini. Ia didapati memenuhi piawaian diesel dan selamat untuk digunakan pada semua kenderaan berenjin diesel tanpa modifikasi. Kualiti biodiesel sawit di Malaysia yang digunakan dalam adunan B10 juga memenuhi piawaian antarabangsa iaitu EN 14214 di Eropah dan ASTM D6751 di Amerika Syarikat. Negara-negara lain seperti Colombia dan Indonesia telah melaksanakan program biodiesel B10 dan B20 menggunakan biodiesel berasaskan sawit tanpa masalah teknikal kepada kenderaan sehingga kini.

Pelaksanaan Program B10 dan B7 di sektor pengangkutan dan industri di Malaysia akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG setara dengan penjimatan pelepasan ekzos menyamai 100,000 buah kenderaan diesel di jalan raya setahun.

Previous post

Tan Chong Group Catat Pengeluaran 1 Juta Kenderaan

Next post

Lexus Malaysia Lancar NX 200t Special Edition dan IS Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *