Gaya Hidup

Menang Kad Petrol Bernilai RM500 Atau Wang Tunai RM3,000

Selari dengan slogan “It‟s In The drive”, PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) telah melancarkan peraduan “Experience the Drive” untuk mendorong pelanggan untuk memandu uji kereta Proton. Melalui sesi pandu uji ini, pelanggan akan dapat merasai dan menikmati pemanduan kereta dan pada masa yang sama akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri pada kereta terutamanya ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang telah diberikan penarafan keselamatan 4 dan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sepanjang kempen pandu uji ini, pelanggan yang memandu uji kereta-kereta Proton, di mana-mana bilik pameran Proton atau semasa siri jelajah, layak untuk menyertai peraduan mingguan dan bulanan serta berpeluang untuk memenangi kad petrol bernilai RM500 bagi peraduan mingguan dan wang tunai RM3,000 bagi peraduan bulanan.

Peraduan „Experience the Drive‟ (“Peraduan”) ini telah pun bermula pada 1 Mac 2017 yang lalu dan peraduan ini akan diteruskan sehingga hujung tahun.

Penyertaan adalah mudah. Pelanggan boleh memandu uji kereta Proton di mana-mana bilik pameran Proton atau siri jelajah Proton* dan tulis slogan pendek yang kreatif atau penerangan mengenai pengalaman pandu uji dalam borang Peraduan tidak melebihi 20 patah perkataan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan atau bulanan.

Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan termasuk 2 pemenang mingguan yang akan memenangi kad petrol bernilai RM500 manakala pemenang bulanan akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000. Pengguna juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi mudah alih MyProton untuk memudahkan mereka menempah sesi pandu uji. Aplikasi mudah alih MyProton juga menyediakan kemudahan untuk pelanggan memilih masa, tarikh serta lokasi pandu uji yang sesuai hanya di hujung jari sahaja.

Minggu pertama Peraduan “Experience The Drive” telah menyaksikan lebih 200 penyertaan dan 2 pemenang mingguan telah dikenal pasti berdasarkan slogan pengalaman pemanduan mereka yang paling kreatif. Pemenang mingguan yang julung kali diadakan itu ialah Mohamad Darulhisham bin Mohd Rashid dari Kedah dan Saliza binti Ahmad dari Melaka. Kedua-dua mereka menerima kad petrol bernilai RM500 setiap seorang.

Syarikat juga melihat peningkatan dalam penyertaan peraduan di mana 330 penyertaan baharu telah pun dihantar setakat ini untuk minggu kedua. Para pemenang akan diumumkan pada setiap minggu sebaik sahaja setiap peraduan mingguan berakhir. Pelanggan yang belum memandu uji kereta Proton digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran PROTON atau untuk lebih mudah lagi, tempahan boleh dilakukan melalui aplikasi MyProton. Pandu uji kereta Proton untuk mengalami sendiri pemanduan dan pengendalian kereta Proton dan pada masa yang sama berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan dan bulanan yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau Instagram di instagram@ProtonCars. Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

*tertakluk kepada lokasi/jelajah yang menyediakan kereta untuk dipandu uji.

Winner for week 1. Encik Mohamad Darulhisham bin Mohd Rashid dari Kedah (2)

Previous post

Kita Patut Cat Tayar Kita Untuk Mencantikkan Kereta Kita

Next post

Ford Ranger Wildtrak Dalam Edisi Terhad Warna Jet Black Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *