Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson Street Rod 750 Janjikan Prestasi Urban Dinamik

Harley-Davidson telah memperkenalkan Street Rod 750, ahli terbaru barisan model Street. Dikatakan tangkas dan berkuasa, motosikal ini menampilkan enjin Revolution X 750 dengan casis yang dipertingkatkan dan suspensi baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Turut digunakan pada model Street 750, enjin 750 cc silinder V berkembar tersebut kini menghasilkan 18 peratus lebih horsepower serta 8 peratus lebih tork hasil dari penggunaan beberapa komponen yang dipertingkatkan termasuk kotak udara lebih besar, badan pendikit, kepala silinder, aci sesondol tinggi dan peredam. Nisbah mampatan meningkat dari 11.0: 1 ke 12.0: 1, manakala tahap redline enjin juga lebih tinggi dari 8,000 hingga 9,000 rpm.

Harley-Davidson Street Rod 750 02

“Kami telah meningkatkan aliran udara dan menala enjin baharu ini untuk memaksimumkan tork pertengahan,” kata Mathew Weber, Ketua Jurutera Harley-Davidson.

Harley-Davidson Street Rod 750 03

Casisnya dibangunkan khas bagi menampung kuasa yang dihasilkan oleh enjin tersebut. Bahagian depan Street Rod 750 menampilkan fork terbalik bersaiz 43 mm dengan pengapit aluminium yang berada pada kedudukan 27 darjah untuk pengendalian yang lebih tangkas. Di belakang pula, motosikal ini mempunyai swingarm (dipanjangkan bagi menampung tempat duduk yang lebih tinggi), serta penyerap hentak dengan perjalanan 4.6 inci.

Harley-Davidson Street Rod 750 04

Sistem suspensinya dipadankan dengan roda 17 inci yang dibalut tayar Michelin Scorcher 21, serta brek cakera berkembar 300 mm. ABS, serta sistem keselamatan pintar Harley-Davidson ditawarkan secara pilihan.

Harley-Davidson Street Rod 750 05

Tempat duduk Street Rod 750 didatangkan dalam bentuk baharu dan kedudukannya juga dinaikkan sebanyak 3.7 inci, memberikan penunggang pandangan yang lebih jelas. Bar hendal rata yang bergaya digunakan untuk posisi membongkok ke hadapan, manakala tempat letak kaki aluminium berada pada kedudukan yang selesa bagi penunggang.

Harley-Davidson Street Rod 750 06

Street Rod 750 tampil dengan bahagian ekor lebih agresif yang menampilkan lampu belakang dan lampu isyarat LED, serta skrin hadapan dalam warna yang sama dengan badan. Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Vivid Black, Charcoal Denim dan Olive Gold. Barisan aksesori Dark Custom turut disediakan bagi pelanggan yang mahukan gaya tersendiri.

Previous post

BMW 4-Series Gran Coupe Tiada Di Malaysia

Next post

Bently Beralih Dari Daya Tarikan Gaya Ke Daya Tarikan Sporty

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *