Berita Auto

DRB-HICOM Perlu Terperinci Dalam Pencarian FSP Proton

DRB-HICOM menjelaskan pencarian rakan strategi asing (FSP) proton adalah kunci untuk mengubah hala tuju pengeluar kereta tersebut kepada sebuah syarikat yang berdaya saing.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata keperincian terhadap setiap bidaan amat kritikal dalam proses penilaian semua bidaan yang diterima daripada pengeluar kereta global.

“Matlamat kami adalah untuk mengubah hala tuju Proton. Sekiranya kelebihan dan kekuatan Proton dapat dipertingkatkan dengan rakan baharu yang boleh menawarkan teknologi, keupayaan dan pasaran baharu, Proton bakal menjadi satu jenama yang disegani. Inilah sebab mengapa kami perlu terperinci dalam menilai bidaan yang diterima. Proton dan FSP baharu ini perlu mampu menghasilkan sinergi yang akan memastikan kejayaan kerjasama ini” kata Syed Faisal.

Beliau juga menegaskan kenyataan syarikat minggu lalu bahawa semua pembida masih lagi bersaing untuk dipilih menjadi FSP pengeluar kereta nasional itu.

“Ada laporan media yang menyatakan DRB-HICOM kini hanya mempunyai satu pembida. Saya ingin mengesahkan bahawa semua pihak yang membuat bidaan masih bersaing dan DRB-HICOM kini sedang menilai semua bidaan tersebut Kami kini di peringkat akhir proses yang teliti ini, dan akan menamatkan penilaian menjelang akhir separuh pertama tahun ini,” tambah beliau.

Previous post

Mazda CX-3 Dinamakan Thailand Car Of The Year 2016

Next post

BMW 5 Series (G30) Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *