Berita Auto

Allianz Malaysia Menggalakkan Keselamatan Jalan Raya Melalui Kempen di Bukit Tinggi

Allianz Malaysia telah mengadakan kempen advokasi keselamatan jalan raya di sepanjang Jalan Langat di hadapan AEON, Bukit Tinggi pada 23 Mac untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan mengurangkan risiko di jalan raya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sepanjang kempen itu, Allianz Malaysia telah mengedarkan sejumlah 300 pelekat reflektif yang direka khas dan 50 jaket keselamatan reflektif kepada penunggang motosikal, manakala 30 set pad tali pinggang keledar, 30 tukul keselamatan dan 20 Kerusi Booster Keselamatan telah diedarkan kepada pengguna jalan raya.

“Mengurangkan risiko adalah teras urusan Allianz sebagai sebuah syarikat insurans. Kami menyedari kepentingan peranan kami dalam mendidik masyarakat mengenai keselamatan jalan raya. Melalui kempen keselamatan jalan raya kami, kami berharap dapat mendekati masyarakat dan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan pengguna jalan raya,” kata Francis Tan Chin Foo, Ketua Cawangan Klang dan Pemangku Pengurus Cawangan bagi Melaka, Muar, Segamat, Batu Pahat dan Kluang bagi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Kempen advokasi keselamatan jalan raya Allianz Malaysia memberi penekanan kepada keselamatan penunggang motosikal kerana mereka memegang kadar kematian jalan raya yang tertinggi di Malaysia. Pelekat reflektif dan jaket keselamatan reflektif yang diedarkan dapat membantu meningkatkan penglihatan penunggang motosikal dalam keadaan cahaya rendah pada waktu malam.

Bagi pengguna jalan raya, penggunaan pad tali pinggang keledar yang mempunyai mesej “Drive Safely” dan “Buckle Up” boleh memberi keselesaan kepada pengguna dengan mengurangkan tekanan dan kecederaan di bahagian bahu. Tukul keselamatan adalah alat keselamatan yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk lampu suluh, pemotong tali pinggang keledar dan cahaya beacon untuk digunakan semasa kerosakan kenderaan atau kemalangan.

Di samping itu, Kerusi Booster Keselamatan, yang perlu diletakkan di tempat duduk belakang kereta itu, akan membantu meningkatkan ketinggian tempat duduk kanak-kanak, supaya tali pinggang keledar di bahu mereka melepasi bahagian dada, manakala tali pusingan dipakai rendah pada riba kanak-kanak. Kerusi booster disyorkan untuk kanak-kanak yang berada dibawah ketinggian 135cm.

Allianz Malaysia telah memulakan kempen keselamatan jalan raya sejak tahun 2011 melalui inisiatif seperti program pendidikan keselamatan jalan raya dan kempen keselamatan jalan raya interaktif di sekolah dan kempen advokasi keselamatan jalan raya di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Allianz Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan telah menjalankan sebanyak 155 kempen dan program keselamatan jalan raya di seluruh negara dengan lebih daripada 440 kakitangan Allianz Malaysia telah dilatih oleh JKJR sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya.

Previous post

Kawasaki Z900 ABS Dijual Pada Harga Bermula Dari RM49,158

Next post

Dari Probationary Ke Profesional Dengan Projek "Polo P" Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *