Gaya Hidup

Volkswagen Sg Besi Meraikan Cawangan Baharunya Dengan Parti Untuk Pelanggan

Selepas tiga bulan beroperasi di dan memastikan semua berjalan lancar – Wearnes Automotive hari ini mengadakan pelancaran dan malam penghargaan untuk pelanggan dan media untuk meraikan outlet Volkswagen Sg Besi baharunya.

Pusat sehenti lengkap ini, memenuhi kesemua keperluan pemilik Volkswagen – dari jualan kepada selepas jualan, perkhidmatan dan pembaikan, alat-ganti, badan dan cat, penjajaran dan tayar dan servis penghawa dingin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebanyak RM6 juta telah dilaburkan di lokasi baru ini, dan Volkswagen Sg Besi baharu ini adalah seluas 75,181 kaki persegi dengan dua tingkat yang diperuntukkan untuk bilik pameran yang mampu mempamerkan sembilan kenderaan dan kemudahan selepas jualan. Terdapat sejumlah 34 ruang servis dengan pasukan 34 juruteknik disahkan berpengalaman untuk memenuhi keperluan pelanggan. Lebih-lebih lagi, naik taraf utama juga telah dilakukan kepada alat-alat dan peralatan untuk selepas jualan.

Untuk kemudahan pelanggan, kawasan letak keretanya berbumbung serta ruang menunggu baru yang moden lengkap dengan TV kabel dan Wi-Fi.

 

Previous post

Takata Telah Membekalkan Beg Udara Bermasalah Sudah Bertahun-tahun Tanpa Dikesan

Next post

Pasaran Cina Dapat Sedan BMW 1-Series

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *