Bisnes

Naza Kia Malaysia Buka Pusat 3S Terbaru di Jalan Pahang

Naza Kia Malaysia telah membuka pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbarunya yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusat berkeluasan 16,200 kaki persegi itu diuruskan oleh MPV Car Services Sdn Bhd. Ia mempunyai bilik pameran dengan kapasiti sehingga empat buah kenderaan, serta empat bay servis yang mampu menyelenggara hingga 14 buah kereta dalam satu hari.

Kia MPV Car Service launch 3

Dengan kos berjumlah RM1.5 juta, outlet ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ruang tamu yang dilengkapi dengan Wifi bagi pelanggan yang sedang menunggu. Pembukaan pusat 3S ini memudahkan pelanggan-pelanggan Kia di sekitar Jalan Pahang, Jalan Genting Kelang, Setapak serta Titiwangsa.

“Pusat 3S ini terletak secara strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, memberikannya kelebihan untuk memenuhi keperluan pelanggan berpotensi serta para pemilik Kia,” Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Kia MPV Car Service launch 4

Setakat ini Naza Kia Malaysia mempunyai 33 outlet servis. Outlet terbaru ini adalah salah satu daripada lima outlet servis yang akan dilancarkan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan Naza untuk mempertingkatkan jaringan pusat 3S-nya.

 

Previous post

Coating Altimet Kenderaan LINE-X ULTRA Body Armour

Next post

Lagi Satu Adegan Kejar Mengejar Kereta Terbaik: Duel (1971) Dengan Plymouth Valiant Dan Peterbilt 281

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *