Berita Auto

Lotus Evora 410 Satu Penghormatan Khas Buat Esprit S1 James Bond

Jika anda sangka ini hanya sebuah Lotus Evora 410 biasa, anda silap. Ia merupakan Evora 410 yang direka khas untuk menyerupai Lotus Esprit S1 yang muncul di dalam filem James Bond iaitu The Spy Who Loved Me.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Unit ini ditempah oleh seorang pelanggan menerusi Lotus Exclusive, sebuah program yang memberi peluang kepada para pelanggan jenama itu untuk menyesuaikan (customize) kenderaan mereka mengikut cita rasa tersendiri.

Lotus Evora 410 James Bond 06

Evora 410 khas ini menampilkan cat putih yang dipadankan dengan gril hitam pada bampar hadapan. Di bahagian tepi, ia mempunyai jalur hitam serta nama ‘Evora’ yang ditulis menggunakan fon yang sama seperti Esprit dalam filem perisik terkenal itu.

Lotus Evora 410 James Bond 04

Kabinnya pula dihiasi dengan upholsteri Alcantara berwarna hitam dengan jahitan merah yang menonjol serta corak ‘Tartan’ yang popular pada zaman 70-an. Apa yang menarik, tombol gear unit khas ini diperbuat daripada kayu.

Lotus Evora 410 James Bond 03

Tiada perubahan dari segi teknikal, di mana Evora 410 kekal dengan enjin supercaj 3.5-liter V6 yang menghasilkan 410 hp dan 409 Nm.

 

Previous post

Honda Civic Type R Akan Buat Kemunculan di Geneva Motor Show

Next post

Peugeot 5008 Muncul Dengan Megah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *