Cerita Auto

Honda Failkan Paten Kereta Sport Mirip Project 2&4

Kereta konsep Honda Project 2&4 yang diperkenalkan pada tahun 2015 mungkin menjadi realiti. Baru-baru ini, pengeluar dari Jepun itu telah memfailkan paten untuk sebuah kereta sport yang saling tidak tumpah seperti konsep tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut maklumat yang terdapat pada fail paten itu, kenderaan ini menggunakan casis tulang belakang cast aluminium, di mana rekaan strukturnya ia ditukarkan menjadi kenderaan tiga roda, selain dari kenderaan empat roda seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Honda Project 2&4 Patent 03

Oleh kerana casisnya dibentuk menggunakan acuan, proses pengeluarannya boleh dipendekkan manakala kos untuk menghasilkannya juga rendah. Bahagian tengah (no. 11, rajah 2) boleh dibuang bagi meminimumkan penggunaan komponen, sekaligus mengurangkat berat keseluruhan kenderaan.

Honda Project 2&4 Patent 02

Susun atur tempat duduk boleh diubah menjadi pemanduan sebelah kanan atau kiri, membolehkannya menembusi lebih banyak pasaran di peringkat global. Ia turut boleh diubah menjadi versi ‘single seat’ untuk pemanduan yang lebih agresif.

Honda Project 2&4 Patent 01

Melihat kepada kedudukan enjinnya, kereta ini dijangka memacu kuasanya ke gandar belakang. Bagi memaksimumkan penggunaan ruang, tangki minyak diletakkan di antara tempat duduk pemandu dan penumpang.

Honda Project 2&4 01

Walaupun lukisan paten menunjukkan sistem suspensi double wishbone, ia juga boleh menggunakan sistem suspensi yang lain seperti swing arm atau multi-link. Untuk lebih maklumat mengenainya, klik di sini.

Honda Project 2&4 02

Setakat ini, masih belum dapat disahkan jika paten ini akan membawa kepada produk siri pengeluaran yang boleh dibeli dipasaran, Namun dengan Honda, segalanya mungkin.

 

 

Previous post

Peugeot 5008 Muncul Dengan Megah

Next post

Pusat 3S Volkswagen Tebrau Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *