Motosikal

BMW Hover Ride Diinspirasikan oleh Set LEGO

Kebanyak set Lego Technic yang berada di pasaran didatangkan dalam bentuk 2-dalam-1, di mana satu set blok boleh dipasang menjadi dua model berlainan. Bagi set Lego Technic BMW R 1200 GS Adventure yang mula dijual sejak awal tahun ini, ia mempunyai 603 blok yang boleh dipasang menjadi sebuah motosikal atau Hover Ride.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan sumber yang luas, BMW menunjukkan kepakaran mereka dengan membangunkan replika Hover Ride tersebut dalam saiz sebenar. Ia kini ditayangkan di pertunjukan Lego World yang berlangsung di Copenhagen, Denmark.

highres-lego-technic-bmw-hover-ride-1

Walaupun tidak berfungsi, replika tersebut menampilkan hasil kerja teliti melalui rekaan terperinci mengikut kit Lego tersebut. Ia dibina oleh sekumpulan pelatih BMW Junior Company yang menggunakan komponen sebenar motosikal R 1200 GS Adventure, termasuk rim hadapan yang ditukarkan menjadi kipas.

p90248859-highres-lego-technic-design-1

Selain itu, ciri-ciri R 1200 GS Adventure yang asal seperti kerangka dan enjin boxer turut dikekalkan pada replika Hover Ride.

p90248857-highres-lego-technic-bmw-r-1-1

 

Previous post

Tahukah Anda Yang Volvo Mempunyai Program Penalaan Dan Perlumbaan?

Next post

Jeep Wrangler Hunting Unlimited Ditala Oleh Vilner

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *